SEMUA KENA BUAT SENDIRI

Bila tak de bibik…. Kami suami isteri agih2 kanlah kerja rumah antara kami.. Keadaan macam mana pun, urusan rumah kena buat juga ... kena pandai2lah urus!.

.... Satu cara ’sub’ kat anak2 lah... Selalu yang jadi mangsa Amirul lah.. Anakku darjah 5, yang kami lantik jadi ketua kepada adik2nya. Amirul... ni, akalnya cerdik sikit.... banyak ulasan bila kita bagi arahan kat dia....

Semalam.... minta tolong dia masak nasi. Dia kata ’Yul mana tahu’.... (sebelum mamanya kata apa2), dia dah kata dulu ’ha..ha. tak payah nak ajar2’. Senyap je la mamanya.

Petang, bila suami balik.... saya minta tolong dia pula. Tapi dia kata.... ’suruh Amirul’. Kami pun pujuk lah Amirul. Abahnya kata ’ Yul kena belajar ... nanti klu mama & abah tak da ( berjalan lah tuuuu), Yul boleh masak sendiri’. Amirul pun berkata ’ Ha ah ma, kat Kem, semua kena buat sendiri. Pasang khemah, masak...... dsb. Mualimah kata dia tengok je. Dia tak tolong. (Wah best ni... nampaknya ada harapan dia nak menolong). Tapi rupanya dia tak habis ayat lagi..... dia sambung ... ’tapi ma.... kat kem, mana ada periuk nasi elektrik’ .... betul juga katanya..... tapi, mamanya tak terima alasan tu..... akhirnya dia berjaya masak nasi. Dia tanya... ’cantik tak nasi Yul masak?’. Apa lagi.... puji melampau lah mamanya..... Boleh diharap juga anak ku sorang ni. Tapi bila banyak sangat dia terima ’sub-kerja’ daripada mama & abahnya...... dia mula berkata ’ ma.... banyaknya senarai kerja yang Yul kena buat!’. Sengih je lah mamanya.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH