PATAH BALIK

Tiba di rumah, lewat petang semalam, terasa letih yang amat sangat. Bila suami balik... mula buat muka kesian. Larat masak nasi je..... Lepas magrib dia pun ke pasar di belakang rumah beli lauk. Saya pun... apa lagi, lepas solat terus tidor. Anak2 kecil 3 orang tu... tawakkal je. Dah tak larat beno.

Pukul 11.00 malam terjaga dek bunyi mesej. Cikgu Razak. 'Aku dah tulis (komen) di blog. Salam kat suami & anak2'. Apa taknya... 2 post saya khas untuk dia. Dah terjaga ju.... bangun le & buka laptop. Begitulah hari2, buka mata, ingat kerja sekolah yang tak beres. Sebelum buat kerja sekolah.... buka blog & upload gambar2 masa Kem RK di Teratak Hijjaz. Itu kan kenangan.

Sebenarnya... badan rasa tak sedap. Rasa panas yang melampau walau beraircond, apatah lagi setakat kipas..... Gagahkan juga ngadap komputer. Sambil kemas2 ruang tamu yang disepahkan oleh si Amili lah tu... Menjelang 4.00 pg, terpaksa masuk tidur nak cover tenaga untuk teruskan kerja paginya.

Pukul 6.00 pg bangun. Masak sarapan. Cekodok pisang je. Sejak tak de bibik ni.. kena lah saya ke dapor pagi2 buat sarapan untuk anak2. Saya tak nak dengar diaorang kata 'lapar' sebelum pergi sekolah. Makan tak makan soal lain..... Alang2 masak, bior lebih.... Bawa untuk kawan2 alas perut sebelum mula 'menoreh pagi' (mengajo lah tu).

Bila perjalanan menghampiri sekolah... badan makin rasa tak selesa. Kepala rasa pusing & mata rasa berpinar. Sebelum bertolak tadi... rasa kuat, kerana berbekalkan semangat & tanggung jawab pada anak2 didik. Tapi....kerana takut tombang di sekolah... saya pun berpatah balik. Sampai di rumah, terus baring... & terlelap.

Pukul 11.00 terjaga & pergi klinik untuk dapatkan ubat. Rasanya, makan ubat sebab nak tidur & berehat je... tapi sebaliknya, kena makan ubat untuk rasa sehat untuk sambung tugas sekolah yang tak selesai lagi... esok mesyuarat akademik, saya kena edarkan print out data headcount... Frustnya... kerja sekolah tak habis2... Rasanya lepas ni kena buat jadual waktu pulak...Tension3. Sekarang ni, 'Entah sakit kerana penat dengan kerja sekolah .... atau buat kerja sekolah juga walau pun sakit....' Rasa macam hilang nikmat hidup!.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH