GEMPAQ!

Di Kem Integrasi Peringkat Kebangsaan KPA.... Apabila keputusan2 pertandingan diumumkan... menunggu juga kemenangan daripada squad Selangor.... Rupa2nya dari banyak2 pertandingan, hanya menang 1 hadiah je... itu pun tempat ke 2. Sapalah... pengerusi negerinya tu.... Wakjier juga.... tapi dia mesti ada alasan sendiri.... 'sebab dia tak turut sama dalam kem tu.... (agaknya lah). Tapi... Wakjir kena risaulah.... kenapa Selangor tak menang ......


Di Kem Medic, kononnya nak dapatkan pemeriksaan... tapi doktor tak datang lagi.... kalau tak dapat kebenaran di kuarantin.... 7 hari U

Gempaq! Bila time nak balik.... kami diberi maklumat... pintu pagar telah ditutup. Tidak seorang pun dibenarkan keluar, kecuali setelah disahkan sihat!.... huwah3, rupanya kem telah diserang wabak H1N1. Dengar cerita 7 orang disahkan positive..... Kami pun menunggu.... tapi anak2 kecil saya dah mula merengek nak balik.... apa lagi...kami pun 'toleh kiri, toleh kanan' kat pagar tu.... bila tak de pengawal.... kami pun cabut balik... Kalau kena tahan.... alamat sampai petang tak boleh balik..... Bila kami berjaya cabut balik..... saya pun ajar si Wakjier & geng buat kerja yang sama... Dia orang kena ikut kami.... kalau tak.... rasa2nya dia orang 'tak jumpa jalan balik ke rumah atuk....'. Huh!

























Semua berjaya meloloskan diri..... Kami pun singgah di Stesen minyak petronas... nak 'melegakan perut!'. Rupanya geng satu kereta lagi.... ada misi lain... dia tukar baju oren KPA tu.... takut kena tahan, disyaki membawa keluar virus H1N1 tu.... bijak3. Sebenarnya.... kami pun risau juga.. maklumlah kami juga dah terdedah dengan Virus tu.... (p/s jangan cakap kat orang tau ,,, kami meloloskan diri.....)

Masa nak masuk ke kawasan kem tadi jumpa dengan Timbalan Pengarah bahagian Koko... kawan lama, En Rashid Mean... Dia nak tukar anaknya masuk KPA.... dia tahu KPA aktif... sempat lah dia jumpa cikgu Wazir, guru KPA tu... nak minta anaknya masuk KPA.... hebat kau Zir.... kehebatan sampai ke Kementerian.... Ambillah amanah tu....Dia sound, cikgu pengakap tak buat aktiviti... anaknya sampai sekarang, tak belajar satu ikatan pun. Cikgu2 Koko... kena risau juga... sebab Timbalan Pengarah tu nak buat laporan.....

Dalam perjalanan ke Kem tadi.... boss no 1 SKI telefon... tanya saya kat mana... terkejut juga dia saya boleh berada di Melaka ikut si Wazir... Boss minta tolong buat powerpoint dokumentasi sekolah... dia kata, dia nak kena cerap antara Isnin - Selasa ni.... So... cikgu2 semua, kenalah risau sama... kot2 kita pun kena cerap....

Bila malam ..... anak2 mula ketara tak sihatnya.... batuk2, selsema, muntah2..... Apataknya, siang tadi penat kat Kem, penat shopping, penat mandi manda, penat main dengan kucing.... Risau juga saya dengan keadaan diaorang .... maklumlah sekarang musim H1N1

Esok... pagi2 kami akan bertolak balik... kerja banyak nak kena siapkan....kami kena risau...... takut tak tersiap ....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG