SAYA TAK NAK SYOK SENDIRI....

Sepanjang cuti hujung minggu 2 hari ni saya menghabiskan masa membuat BBM untuk anak2 tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR ni. Baru teringat minggu depan, diaorang mula periksa percubaan. Tak sempat buat ulangkaji. Sibuk menghabiskan silibus je....

Walau kerja perkeranian masih banyak yang belum selesai... terutama laporan headcount... tapi saya buat2 lupa lah kejap.... Apa tah lagi, laptop yang saya gunakan untuk Headcount rosak... & sedang dibaiki suami... tak tahulah sama ada datanya boleh diselamatkan atau tidak..... kalau tak... Alamat kena buat semua lah.....

Saya tidak mahu rasa menyesal kerana tidak memberi perhatian kepada pelajar2 saya... Saya nak bantu mereka mendapatkan keputusan yang cemerlang. Mereka semua berpotensi. Saya memang tidak pernah jemu membuat BBM untuk mereka. Transperansi, Powerpoint, dan Modul saya buat untuk semua tajuk. Tapi saya masih tidak puas hati kerana saya rasa, saya hanya syok sendiri ..... nak habiskan silibus. Kini... setelah silibus habis, saya nak cuba bahan lain pula lah. Saya cuba bina bahan untuk aktiviti yang melibatkan semua murid. Kiranya aktiviti 'berpusatkan murid'lah. Tak tahu lah berkesan atau tidak... Tapi itu lah saya... saya suka mengajar, saya suka buat perkara baru.... Tak kiralah wang yang terpaksa saya keluarkan... asalkan saya mendapat kepuasan dengan kerja 'guru' saya.... Saya harap, saya tak bosan mangajar......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH