TAMATKAN LAH EPISOD....

Rupanya isu... tulisan di blog, tak selesai lagi. Cikgu2 & pelajar2 masih memperkatakannya. Tadi pun, bila nampak anak 3RK 08 berkeromon, berhadapan dengan Cikgu Wazir, saya dah agak dah, mesti isu tulisan di blog. Kebetulan pula, masa tu saya perlu ke kelas ' prep', tak boleh lah nak join. Tapi sebenarnya, saya pun malaslah nak dengor. Malaslah nak pikir. Akur je lah. Budak bijak!. Macam mana kita cakap, dia akan pusing kat lain pulak!. Pada saya, kita hanya nak tunjukkan mana yang sepatutnya... tapi kalau masih nak berdegil juga, tak pe lah. Tak jadi hal kat saya.

Tapi saya pujilah kawan2 dia tu. Bersatu hati!. Sanggup merayu, meminta maaf kat cikgu, janji cikgunya tak buang mereka. Cikgu tak marah diaorang. Pada hal, kawan2nya tu tak salah apa2 pun. Itulah yang kami harap dapat kamu terapkan dalam jiwa kamu. Bersatu hati!. Tapi bersatu hati, biarlah kepada kebaikan. Bantu-membantu dalam pelajaran. Bantu-membantu dalam kesusahan. Ingat mengigat untuk kebaikan. Jaga menjagai untuk harga diri. Anggaplah kauorang semua adik beradik.

Ingat, cikgu pandang kau orang sebagai satu kelompok. Satu group. 'Batch 3RK .....'. Seorang buat silap, kami akan sebut, 'batch 3RK......'. So, jangan pentingkan diri sendiri. Pikirkan lah orang lain juga. Kita tidak selamanya boleh menongkat langit. Ada masanya kita perlu bantuan, sokongan atau paling tidak pun perlu pada rakan untuk mendengar!. So... tamatkan lah episod.... paling... memaling (muka). Pastikan diri tidak 'terbuang'...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH