KEMPUNAN

Pukul 4 petang tiba di rumah, terus ke dapur. Uli & masak karipap. Menunaikan hajat Amin nak makan karipap & nak tapau sekali untuk kekawan di asrama. Macam kipas kudunglah nak menyiapkan berpuluh biji karipap... budget untuk 3 anak2. Masing2 ingat kekawan di asrama. Yang di rumah pun... nak juga sebagai minum petang.... Selesai dengan karipap.. siapkan pula Falio KH Amir, mem'print bindingkan....

Sambil tu... mulut dok 'sound'2 kat anak2... suruh bersiap cepat, kerana adik Amili belum saya ambil. Nak ambil dalam perjalanan menghantar mereka ke asrama.

Tiba di asrama.... abang Amin tercari2 bungkusan karipap dia.... rupanya.... dek kerana kelam kabut dek desakan mamanya dia tadi.... dia terlupa bungkusan karipap dia.... Saya pun tak perasan ..... (mana taknya.... saya tak sebaik abahnya .... Dia akan check dulu sebelum keluar rumah, takut2 anak2 tertinggal barang.... Tapi saya... saya serahkan kepercayaan kat anak2...). Kesian Amin... lama dia teringin makan karipap, bikinan mamanya... siap janji dengan kawan2 nak bawa untuk mereka... tapi... tak kesampaian. Dan naluri seorang ibu...... sebenarnya rasa ralat sangat... melihat anak yang kempunan.... Nak buat macam mana, tak de rezeki... Tak pe lah.... lain kali mama buatkan lagi....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG