KENANGAN DARIPADA ABAH

Pukul 10.30 kami adik beradik seramai 8 orang bersama emak kami berkumpul di pejabat tanah... berkaitan petisyen dan pendengaran... pembahagian harta pusaka ayahanda kami Allahyarham Ibrahim bin Suhip.... Harta tak lah banyak sekeping tanah 3 ekar di Kg Tok Muda, 2 keping tanah, 1/2 ekar setiap satu dibahagi kami 8 beradik.... tapi kami memenuhi wasiat abanh kami tentang harta dia tu....


Mula2 suspen juga .... seorang abang tak sampai.... walau dah pukul 11.00. telefon pun tak dapat2.... Muka2 masing yang lain.... muka menahan sabar. Sorang tak de.... bermakna.... tak boleh teruskan... Kalau tak jadi.... sian abang yang dari Penang tu.....Alhamdullillah dia sampai juga. Tapi pelik di tangannya ada topi keledar. Setahu saya mana dia ada motor... Rupanya... dia kata... keretanya kena block oleh banyak motosikal pelajar2 di belakangnya.... dia kata, tak kan nak pindahkan motosikal tu satu persatu... So... alternatif dia... pinjam motor kawan... sampai tadi dia kata.... 'takut juga... naik motosikal ni...'. Begitulah..... walau macam mana kita rancang baik..... jangan dilupa... takdir Allah....

7 adik beradik bersama emak... sorang lagi jadi kena ambil gambar

Yang seronoknya.... kami kena angkat sumpah diketuai adik bongsu kami.... Macam budak sekolah.. Harap2..... semua berjalan lancar. Semua ni usaha adik bongsu kami... Marhalim. Usaha yang bukan sedikit..... Tapi makan masa yang lama... sebab tanah 2 keping di Bukit Kapar tu..... banyak nama & kebanyakannya dah meninggal dunia..... .

Bagi saya tetap bersyukur... pemberian abah .... kenangan dia pada kami..... Sebenarnya hadiah abah cukup besar kerana memberikan pendidikan sehingga kami semua berjaya & boleh berdikari.....

Mahisham... Abang jurugambar


Wakjir kata.... 1/2 ekar kira ok. Dia hanya dapat '3' X 7'. Itu.... rasanya semua orang dapat bahagian......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG