WARKAH BUAT CIKGU RAZAK

Tulisan kali ini khas utk cikgu Razak sahaja. Pembaca lain... tak yah lah baca....

Mengimbau kenangan bersama Cikgu Abdul Razak. Tahun pertama di SKI... Razak adalah Pengerusi Kelab Guru SKI (BAGUSS). Pandangan pertama.... Wau! hebat cikgu ni... (Razak lah tu...).

Tapi kau tahu Jak, pada awal2 kehadiran di SKI... kau antara beberapa nama yang telah buat saya & kawan baik saya Cikgu Sakila ( Skrg Madam Sakila.... sebab dah jadi pensyarat Maktab KB) selalu menangis. Macam2 cerita sampai ke telinga kami ... tentang penerimaan kau orang (orang lama2 SKI). Kebanyakannya berperasangka tak elok dengan kami...... Sebagai orang baru, kami tak mampu untuk menepis tuduhan2 itu. Hanya berdiam , bersabar & menangis je lah... (ciwek katakan...). Semua tu menjadi kenangan. Mungkin kami yang silap. Kami datang dengan 'aura' muka garang & pemangsa kot! Betullah...'Tak kenal, maka tak cinta!'. Ha3

Tak kiralah walau macam mana mulanya penerimaan kau mula2 saya datang dulu.... Tapi sekarang...setelah lama masa berlalu, kau tau Jak... saya mula selesa berkawan dengan kau Jak. Saya rasa, kau pun dah kenal hati budi saya kan.... Saya bangga.... kerana bagi saya, kau telah anggap saya & famili menjadi antara sahabat baik kau. Layanan & penerimaan kau, pada kami di kampung halaman kau di Tanjung Karang sangat menyentuh perasaan. Sangat bermakna pada kami. Dan persahabatan menjadi lebih baik, bila kita dapat sama2 melancung ke Indonesia. Bagi kami sekeluarga.... kau adalah antara sahabat baik kami. Kami senang bersahabat dengan kau. Harap2 dapat diteruskan persahabatan ini. Harap2 kita boleh bersama2 lagi selepas ini. Bagi saya, sekali orang baik dengan saya, 1000 kali saya ingin buat baik dengannya... Terima kasih Jak

Album & Video klip itu sebagai tanda hati. Kau tahu... Saya & suami boleh menghasilkan Album & Video bila saya ada jiwa. Bukan pada semua orang saya mampu membuatnya. Untuk kau kami cuba yang terbaik.

Doa kami, semuga kau sukses dalam pengajian kau. Jak! saya ingat pesanan kau... 'tolong tengokkan2 Along'. Insyaallah Jak, saya tunggu dia di 3RK nanti.

p/s abang terkilan tak dapat datang Jamuan kau tu.... kami dah semakin sibuk dengan urusan keluarga & anak2... Paham2 lah sekarang dah tak de bibik!

Ulasan

  1. jangan la ckp camtu.....aku sorang2 ni...kang aku sedih & nangis sapa nak pujuk....kat sini sejuk, air mata susah nak kering tau...sebenarnya inilah aku...happy sokmo....aku sgt menghargai persahabatan ini.. rashid & famili aku dah anggap sebagai 'anak emak' gak..woi bila nak balik kampung? dri Ajak

    BalasPadam
  2. Permintaan untuk homestay rumah kekawan penuh.... Roszana yang kat Meru pun, suruh homestay kat umah dia.... Tengoklah... cuti bulan Ogos nanti.... Kami tetap nak pulang ke Kampung Sireh...

    BalasPadam
  3. Belajar rajin2.... Pastikan jadi pengetua... SKI

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH