KEMBALI KE SEGAMAT

Hari ini Amin pulang semula ke kampus UiTM Segamat. Kami menghantar di stesen bas Klang Centrel. Aku rasa, walau pun singkat aku melihat kematangan Amin sekarang.

Tiba sahaja distesen bus dari Segamat, dia terus ke kedai pet & taukeh pet. Bukankah itu tanda dia mengingat dan menghargai orang yang telah memberi peluang kepada dia untuk dia mencari ilmu berkaitan  haiwan peliharaan yang sangat2 diminatinya.
Ia ada kaitan dengan cita2 Amin iaitu cita-cita nak jadi zoologis. Tapi tak tercapai kerana permohonan ke bidang kesihatan haiwan di tolak UPU. Teringat 2 tahun lepas. Dia hanya layak  masuk kelas sains tulin ke 2. Maksudnya tiada mata pelajaran biologi. Kami cuba merayu. Tapi mungkin tiada kesungguhan kami dan kelewatan kami membuat rayuan menyebabkan Amin meneruskan cita-cita. Inilah perancangan Allah. Memberi apa yang Amin perlu, bukan apa yang Amin mahu.

Amin dapat tawaran dalam bidang Sains Komputer. Pada kami, ini lebih sesuai. Memandangkan ketika di rumah, dia hanya menghabiskan masa mengadap komputer. Selalu terdetik di hati, anak2 ni mengadap komputer 24 jam 'tiada hasil' sedang orang lain, menggunakan komputer untuk jana pendapatan. Mungkinkah Allah mendengar detik hati ku, lalu terarahlah Amin ke bidang yang berkaitan komputer. Antara subjek yang terkandung ialah kalkulus, Prinsip akaun dan Multimedia. Kepujian dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan subjek tu, memberi kelebihan pada Amin. Allah mudahkan dia. Tambahan pula, Allah telah hantarkan rakan semasa di SMI Hira sebagai peneman Amin, course yang sama. Room mate juga ada yang mengambil course yang sama. Bukankah itu tanda Allah sentiasa ada membantu anakku. .
Semasa menghantar dia kali pertama ke UiTM lagi aku dah dapat merasakan penyusunan Allah untuk Amin sangat cantik. Aku patut bersyukur, kenapa?
Pertama: Aku bersyukur Amin dapat UiTm Segamat, kenapa?. Sebab UiTM ini salah satu tempat bertugas Prof Kamil Ibrahim ( https://www.facebook.com/muhdkamil.ibrahim?hc_location=stream ) yang sangat aku kagumi dan aku sendiri bersyukur dapat menjadi followers dia ( http://muhdkamil.org/krts//) ( http://www.muhdkamil.org/home). Aku bersyukur kerana melalui perkongsian2 Prof banyak membuka mata hati untuk mensyukuri anugerah nikmatNya. Jadi, dalam sujud ke berdoa , Amin menjadi sehebat prof atau lebih dari itu.

Kedua : Urusan pendaftaran sangat mudah. Bermula dari pintu masuk sehingga masuk ke asrama. Tingkat 2. Kolej Taming Sari, lokasi bilik Amin, paling hampir dengan bilik air, tempat jemur kain dan tangga, sudah tentu memudahkan Amin. Kolej pula bersebelahan dengan gerai makan dan surau. Bukankah itu bantuan Allah.

Segamat - Klang Centrel, mengambil masa 4 jam menaiki bas. Alhamdulillah,  UiTM ke bandar Segamat agak tidak jauh. Tambang bas sekitar RM2 - 3. Klang Sentral hanya 15 minit dari rumah kami untuk kami menjemput dan menghantar Amin menaiki bas ekpres SE Segamat - Klang. Mudahkan!.
Lalu.....'nikmat apa lagi yang mahu aku dustai'.

Terima kasih, Ya Allah atas bantuan mu pada kami. Terlalu banyak nikmat yang kau berikan.

'Ya Allah, Jadikanlah aku orang yang tahu bersyukur. Janganlah kau palingkan hatiku setelah kau beri hidayah'.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG