MAAF... SAYA KURANG BERILMU

Lewat malam. Aku blank..... masih tidak dapat menyempurnakan tugasan yang diberi lantaran ketiadaan maklumat. Daripada search yang dibuat, aku mendapati KERANGKA BARU NORMA PERJAWATAN KUMPULAN PELAKSANA .... masih peringkat penyelidikan. Rupanya, pengetuaku dilantik menjadi ahli panel yang diharap dapat meyumbang idea kepada norma penjawatan baru. wah... ni macam idea diperingkat dasar ni...... manalah layak, aku si ikan bilis ni menyumbang idea. Kalau setakat membuat power point yang mudah tu... ok juga lah.....

Kebuntuan idea.... sebelum melelapkan mata ... sempatkan diri membuat sedikit catatan di status FB yang menjadikan doaku.
"Ya Allah, Bantulah aku. Berilah ku Ilham untuk aku menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan padaku. Ya Allah, berilah aku kecemerlangan di sisiMu"
Sengaja kucatat di FB. Manalah tau, rakan FB tolong meng'amin'kan dan doa menjadi mahbul. Sekurangnya, 'like' mereka menjadi pendorong buatku......

Alhamdulillah. Sekolah menjalankan sukantara hari ini. Ia seolah-olah memberi pada aku peluang untuk  menyudahkan kerjaku. Dengan bantuan Cikgu Normala dan berbekal bahan yang telah suamiku cari dan 'save'kan... aku mulakan kerjaku dengan lancar. Perbincangan dengan pengetua, menjadikan hasil kerja yang lebih sempurna.

Huh!.... letih juga. Memerah otak, menyusun ayat atas isu-isu yang mahu diketengahkah disusuli mengemukakan beberapa  cadangan yang difikirkan sesuai.

Tepat 1.30 pm. Siap!. terus emel kat bos!.
'Puan saya dah emelkan bahan powerpoint tu. Maaf tak dapat beri yang terbaik. Saya kurang berilmu dalam bab ni. Harap puan semak dan saya boleh baiki mana yang tersalah dan terkurang.'

Dan aku mencatatkan pada FBku...
Alhamdulilah....dapat diselesaikan. TQ suamiku @ Aminur Rashid A Ghani .... tolong cari bahan yang sangat membantu. & Tq rakan FB yg like tanda memberi sokongan.... tq...tq...tq

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG