KUMPULKAN KERAJINAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK

Hari Jumaat yang barakah.
Lama ku kumpulkan 'kerajinan' nak buat sesuatu untuk bantu anak muridkan yang akan menghadapi PMR dan SPM.
Ya Allah, bantulah aku. Ya Allah, jauhkan aku dari sifat malas. 
Kalau setakat usaha seperti tahun-tahun lepas, terasa anak muridku tak ke mana, melainkan dapat kejayaan yang biasa-biasa sahaja. Tambahan, aku nak rasa lebih dekat dengan anak-anak didik ku. Aku nak mereka rasa, pengalaman belajar geografi dengan ku sesuatu yang indah. Lantas, aku memikir-mikirkan idea untuk menjadikan pengajaran ku menarik di kelas. Mungkin dengan itu, muridkan seronok dan apa yang dipelajari kekal di minda dan seterusnya dapat membantu menjawab peperiksaan dengan baiknya.
Ya Allah berilah ilham pada ku.

Alhamdulillah..... OTW menyiapkan flashcard untuk anak murid PMR dan Koleksi Soalan SPM  tahun-tahun lepas Topikal. Semoga ia dapat membantu anak-anak muridkan ku menghadapi peperiksaan,
So, hujung minggu ni.... khusus untuk mereka!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG