SYUKUR ATAS MUSIBAH....

Esok dimaklumkan ... sekolah dibuka semula setelah cuti selama 3 hari kerana jerebu. Jerebu mungkin musibah, tapi setiap berlaku ada rahmatNya di sebaliKnya...

Kereta suami menghadapi masalah agak serius. Perlu masuk warkshop beberapa hari yang tempohnya tidak dapat dijanjikan secara pasti oleh pemilik bengkel..... Belbagai alternatif kami cuba aturkan untuk atasi masalah tranport. Suami mungkin boleh menggunakan Myvi ku, aku pula  boleh jalan kaki sahaja... memandangkan rumah hanya 10 minit berjalan kaki ke sekolah... tapi bagaimana dengan anak-anak  yang bersekolah di SR Hira batu belah tu...

Pilihan pertama, bertanya adik.. kalau2 boleh pinjam kereta ke 2dia. Gagal.... dia menggunakannya.
Pilihan kedua,.... minta anak-anak 'ponteng' sekolah... tetapi mereka enggan.... kerena tidak mahu terbeban dengan kerja sekolah yang banyak... akibat ketidakhadiran itu..... Dalam hal ini... kami tidak boleh memaksa......
Pilihan ke tiga... suami terpaksa bercuti... tapi sampai bila?.... sedangkan kemungkinan bila kereta akan keluar workshop... tiada janji pasti....

Sedang hati berkira-kira.. pilihan-pilihan yang ada....

Terbaca maklumat dari rakan-rakan FB......'esok 23 Jun 2013' sekolah cuti kerana jerebu. Rasanya macam pelik jer.. ucap bersyukur kerana musibah... tetapi.. itu kerja Allah... dia mudahkan apa yang kami rasa susah. Selesai 1 hari... tapi kereta belum baik juga. Malam  ke 2, terima lagi maklumat 'esok 24 Jun 2013' sekolah cuti kerana jerebu. Syukur lagi kami..... selesai masalah hari ke 2. Hari ke 3... suspen lagi... apa persediaan kami kali ini dengan masalah kami...... Ternyata.... Allah sayang kami...... dia bantu kami .....  kerana hari ini (hari ke3) ... sekolah masih dikehendaki bercuti.... syukur..... Alhamdulillah, hari ini.. kereta telah siap dibaiki ... dan esok, di saat berita mengatakan esok sekolah.... kami dah boleh menarik nafas lega......

Sebenarnya.... pertolongan Allah sangat banyak. Overhaul kereta suami memerlukan bayaran sebanyak RMXXXX.XX. dan ia datang disaat aku menerima sedikit tunggakan gaji iaitu kenaikan gaji selama 6 bulan. Duit itu lah yang kami gunakan. Walaupun aku dah ada list ...  barangan yang hendak ku beli terutama untuk keperlua raya .....tak apa .. aku redha..... kerana mungkin Allah SWT nak pelihara aku dari dosa melakukan pembaziran.......Ku katakan pada suami .... 'kita belajar lah berjimat ... kita ni sebenarnya miskin.... setiap bulan duit gaji tinggal 'zero' kerana kami tak pandai mengurus wang.....

'Ya Allah, Kau jauhkanlah kami dari beban hutang dan jauhkan kami dari sifat membazir'. 

Doa ini yang kupanjatkan pada Allah disetiap tahajut ku... dan Allah telah beri ku sedikit demi sedikit ilham untuk mengatasi masalah utama kami ... Terima kasih ya Allah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG