SANGKA BURUK PADA ANAK.

Bulan Rejab. Alhamdulillah, mulainya aku dan suami mula istiqamah berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Kini bulan Syaban pula. Alhamdulillah masih meneruskan... Rupanya, anakku Ammar, darjah 4 memerhati dan  hatinya telah tergerak untuk berpuasa sama.

Aku dan suami, menganggapnya seperti angin lalu sahaja. Siap buruk sangka pulak tu. 'Tahan ke Ammar, berpuasa dalam kalangan orang yang tidak berpuasa'. Sebelum tidor Ammar, berpesan, 'Ammar pun nak puasa, esok kejutkan Ammar sahur'.

Selepas suboh, ku lihat Ammar menangis. Suami memberitahu 'Dia nak puasa, kita tak kejut dia Sahur'. Ku dengar suami memujuk, 'Ammar, puasalah, kalau tak tahan Ammar berbuka ya'.

Pukul 3 petang, selesai  sekolah, Ammar masih berpuasa ... berterusan hingga berbuka. Alhamdulillah. Terharu aku. Sesuai dengan maksudnya, 'The Great Builder'... Ammar  memang hebat. Dia kuat. Dia tabah. Allah bantu Ammar. Teman2 sekeliling bantu Ammar untuk terus berpuasa. Ada yang menawarkan air 100 plus dan gula-gula untuk Ammar berbuka.

Hari ini, sekali lagi... Ammar berpuasa. Kali ini.. aku tidak buruk sangka pada Ammar malah aku berdoa Allah kuatkan semangat Ammar supaya dia berjaya melepasi sehari lagi puasa sunat Isnin - Khamis di bulan Syaaban ini.

'Ya Allah, aku  Mohon Rahmat Mu, aku  Mohon Taufik & Hidayah Mu untuk ku , suamiku dan anak2ku. Kau jadikanlah kami,  insan2 yang soleh dan solehah yg takut dan gentar kepada Mu. Lembutkanlah hati kami  agar  mahu melakukan amal ibadat wajib dan sunat dan meninggalkan laranganMu. '

Dan dalam hati terus bersyukur atas kurniaan Allah dan mohonkan padaNya, 'Semoga Ammar dan Amili menjadi dai'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH