BERKONGSI ILMU

Setiap tahajutku aku berdoa...

'Ya Allah, aku ingin berubah kepada yang lebih baik, Kau bantulah aku, Kau berilah ilham padaku, Kau dekatkanlah hatiku padaMu, kau tetapkanlah iman dihati ku dan tanam cinta kasih ku untuk aku  melakukan amal soleh yang Engkau redhai'

'Aku ingin berubah.....' tapi ia bukannya sesuatu yang mudah. Hampir 50 tahun leka dengan urusan dunia.... padahal, aku bukanlah orang penting, aku bukan pemimpin negara yg perlu memikirkan urusan rakyat. Aku hanyalah guru biasa.. biasa sahaja. Kalau aku bijak mengurus ...banyak masa berbaki setiap hari untuk aku jalankan tugas sebagai hambaNya, sebagai isteri sebagai ibu dengan sempurna. Tapi.... aku ibarat buih... ....


Alhamdulillah..... Aku bersyukur..... Allah tidak pernah berpaling ....  Allah buka  pintu hati ku supaya  hati ku lebih dekat denganNya.....  dia buka pintu hati ku... dia beri aku rasa ..... untuk dekat padaNya. Berbagai cara Allah beri aku ilham untuk aku menambah ilmu..... untuk aku membaiki diri. 

Melalui FB pun ku temui belbagai ilmu yang manfaat.... Semoga Allah merahmati orang-orang yang suka syer ilmu & pengalaman yang bermanfaat ini. Aku kini menjadi follower beberapa group / rakan FB yang ingin ku kutip ilmu darinya....Antaranya:
1. https://www.facebook.com/muhdkamil.ibrahim?fref=ts - ia buatkan aku rajin membuka FB. Setiap hari ku ingin membaca tulisannya. Buka nak mengambil tahu apa yang dia buat setiap hari... tapi aku mencari makna pada setiap ayat yang ditulis. Aku dapat menyelami... Prof sebenarnya cuba mendidik orang ramai.... untuk menganalisa setiap apa yang dilalui, setiap masa, setiap saat dan apa hubungnnya dengan Allah. Aku nampak ia begitu.... dan bagi aku... Allah nak beri aku ilham melalui penulisan Prof Kamil Ibrahim. Syukur....
2. https://www.facebook.com/groups/110005285699553/?hc_location=stream - ia satu perkongsian sihat. Ku tak mahu mengukur keikhlasan.... tapi bukankah berkongsi ilmu yang berguna itu  pahalanya berterusan. Membacanya.... menjadikan aku semakin dekat dengan rumah Allah, semakin dekat dengan Allah. Ada ketikanya keinginan bagai tidak dapat dibendung..... Dan ia membawa aku untuk lebih kuat berdoa padaNya ... memohon diberikan 'kad jemputan' untuk ke sana.

Ya Allah, Jemputlah aku. Aku ingin menunaikan ibadah umrah semata-mata kerana Mu Ya Allah. Aku ingin umrah ini menjadi sempadan iman untuk aku jadi lebih baik.  Ya Allah permudahkan lah. Bantu lah kami Ya Allah'

3. https://www.facebook.com/ShamsuddinKadir?hc_location=stream - kerana aku perlu baiki pengurusan kewangan ku. Aku nak jauh dari beban hutang. Bukankah itu doaku dan Allah berikan ku Ilham melalui penulis ini... Bukankah ia juga ilham yang Allah berikan pada aku.
Ya Allah, Kau berikanlah  kami kesihatan yang baik, rezeki yang luas dan halal serta  jauhilah kami dari beban hutang dan sifat membazir.

4. https://www.facebook.com/profdrmuhaya?hc_location=stream - mencari ilmu mendidik hati. 

5. https://www.facebook.com/firdaus.m.saad?fref=ts - agama + bisnes + motivasi.

Dan banyak lagi page2 yang saya like..... jangan tak tahu... banyak juga rakan Fb yang saya hide kan.. sebab saya nak gunakan masa yang saya ada mencari ilmu yang bermanfaat untuk saya. saya nak baiki diri saya... jadi saya mahu lebih menumpukan perhatian pada Page2 yang memenuhi kekosongan jiwa nurani saya ke arah yang lebih baik. 

Terima kasih kepada penulis-penulis yang mahu berkongsi ilmu yang bermaanfaat. 
Saya berdoa, satu masa saya juga boleh menjadi seperti kalian.. berkongsi ilmu yang boleh dimaanfaatkan............. ilmu yang dapat mengetuk pintu hati seseorang dan menjadikan ia lebih dekat pada penciptaNya.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG