MENGEMAS SAWANG

Assalamualaikum..

Entri 1 untuk tahun 2013

Wah! tajuk. Macam ada unsur persediaan hendak beraya.  Opp silap tu. Sebenarnya ia sekadar semangat baru... mengemas blog ini yang dah hampir setahun tak terjenguk. Bersawang!.

Kenapa tiba2 nak menulis pulak ni...... Mungkin inilah ilham yang Allah SWT beri. Dia beri tak pilih masa.

Dikenang ke belakang..... terasa setiap satu peristiwa yang dilalui atau setiap langkah  perjalanan hidup yang terhayun, saling berkaitan antara satu siri dengan siri yang lain. Ini yang dikatakan.. setiap apa yang berlaku ada rahmat di sebaliknya.

Rasanya, belum masa untukku mengimbas peristiwa lalu yang  jauh telah ku tinggalkan ... cukuplah aku katakan, disaat aku membuat keputusan untuk menunaikan Umrah bersama suami tercinta, di saat tu lah bermulanya cerita. Cerita makna  sebuah kehidupan.

Persoalan-persoalan. 'mampukah aku', 'beranikah aku'. ..... kerap bermain di fikiran. Aku lemah, aku banyak dosa, aku takut dengan balasan Tuhan. ... Ketakutan ini mungkin, kerana banyaknya cerita tentang 'pembayaran tunai' atas apa yang telah kita lakukan di dunia. Tambahan pula..... pengetahuan tentang umrah, memang 'kosong'. Kalau ada pun, sikit2 ilmu.... yang dah ingat2 lupa... yg dipelajari semasa di sekolah menengah dahulu.

Ketaktentuan itu,  membawa aku meninjau-ninjau maklumat ... melalui media yang paling hampir dengan ku.... iaitu internet / laman web. Carian utama kini, panduan umrah dan haji. Satu demi satu laman ku kunjungi, satu demi satu blog ku lawati...... mencari petua, mencari cara.....untuk trevalog umrah ku. Aku mula mentelaah. Belajar rukun dan wajibnya, menyenarai apa yang perlu disedia.....

Dan, bertuahnya aku, pencarian ku  telah membawa aku ke blok ini...http://www.perjalananhaji2011.blogspot.com/. Daripada catatan penulis, saya dipandu ke arah  satu buah buku rujukan iaitu Travelog Haji Profesor Muhd Kamil Ibrahim.




Ternyata buku ini memberi impak yang besar pada diri. Bukan setakat soal rukun dan wajib haji, tapi lebih  kepada persediaan hati. Aku mula menimbangtara  perjalanan hidup aku sepanjang hampir 48 tahun di bumi Allah ini. Sebahagian besar usiaku hanya tertumpu urusan dunia semata, sepertinya tiada langsung peruntukan masa untuk urusan akhirat. Ada pun setakat solat 5 waktu, itu pun banyaknya dilakukan di waktu 'kecederaan' iaitu dihujung waktu. Puasa pun hanya di bulan Ramadhan . Membaca Al Quran pun pada bulan Ramadhan. Itu pun jarang qatam. Ya Allah, ampunkan hamba Mu ni yang zalim ini. Ya Allah, aku tak dapat putarkan masa, tetapi berilah peluang pada aku untuk menfaatkan sisa usia ku yang berbaki ini. Ya Allah,  berilah HidayahMu. dekatkan hatiku padaMu. bantu lah aku ya Allah.

Bermula dengan buku ini, aku mulakan langkah. Membaca... membaca..... dan membaca lantaran terasa banyaknya kekurangan diri. Buku dan muka buku yang mentarbiyah banyak yang ku 'like'.  Terima kasih kepada sang suami yang sentiasa sedia membawa aku ke kedai buku.Siang mahu pun malam. Dan dalam satu perbualan kami semasa keluar dari kedai buku.....
Aku: 'Bang, nanti pencen mama nak menulis. Mama pernah bercita-cita nak jadi guru CEMERLANG, tapi dah terkubur. Mama nak 'sesuatu' sebagai kenangan (mercu tanda ) sebagai seorang guru. Kalau tidak buku yang diterbitkan untuk tatapan umum, memadailah sekadar  menjadi tatapan anak cucu mama'
Suami : 'kenapa hendak tunggu pencen. Kan boleh menulis dari sekarang. Mama boleh mula menulis di blog. Hasilkanlah Trevelog Seorang Guru. Melalui penulisan pengalaman sebagai guru mungkin boleh menjadi panduan orang lain. Mungkin dengan penulisan mama, ada yang terkesan, meresap di hati dan mengubah mereka kepada yang lebih baik, menjadi lebih dekat dengan Allah swt. 
Mendengar kata-kata perangsang sang suami, sedetik itu juga semangat terus berkobar-kobar. Semangat ini juga telah ku terima melalui kawan baik ku, cikgu Zamree bin Osman. 'Akak memang ada bakat menulis.'

Dan..... mulai detik itu lah aku mula MENGEMAS BLOG INI DARI SAWANG.

Ya Allah, berikanlah aku ilham untuk menulis.
Ya Allah, jauhkan aku dari sifat riak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG