PENAMPILAN SEMULA

Aku dengan penambilan baru. Kalau itu yang boleh dikatakan tentang aku kini.
Sebenarnya ia bukan penambilan baru. Tetapi ia boleh dikatakan sebagai  PENAMPILAN SEMULA. Mungkin ada yang telah tahu, satu masa dulu aku bertudung labuh, berjubah dan berstokin.

Selepas berkahwin.... semua semakin singkat. Bukan salah suami. Tetapi salah diri sendiri. Pada aku (masa itu) Aku sudah berkahwin, tiada lagi yang berahi melihat tumit (maka tiada lagi stokin) dan pada aku, aku masih menutup aurat dan masih lagi labuh (sebab ustazah pun ada yang lebih singkat lagi)..... Biasakan... manusia, mahu melepaskan diri.... sentiasa ada helah belah diri maka, faktor lain dijadikan alasan!. hakikatnya aku telah terpukul oleh DUNIA! dan aku larut bersamanya.....

Alhamdulillah....  Allah beri aku detik hati. Allah beri ilham yang sumbernya dari banyak cara.

Pertama kali melangkah ke kelas... ada yang berbisik-bisik... 'ustazah... ustazah'. Aku yang tak nak memanjangkan suara-suara itu.... Aku pintas dengan gurauan ....' saya masih ada di sini, tetap cantik, tetap bahagia'. Dan ..... macam biasa ia disambut deraian ketawa anak-anak murid. Mereka dah kenal cara aku bergurau....

Dalam kelas lain pula, perkataan tidak berlapik salah seorang anak murid ku, 'cikgu, dah bertudung labuh ye cikgu'. Aku menjawab, 'Cikgu dah bazirkan masa hampir 50 tahun, biarlah cikgu habiskan sisa-sisa usia cikgu ke arah kebaikan'. Mereka mengangguk!


Ada juga rakan guru yang  bertanya...... aku menjawab, 'Akak nak cara hidup mudah dan signifikan. Pakaian yang boleh terus buat sembahyang' (ha..ha ha... pada hal, ke sana kemari masih bawa telekong.... agak sukar untuk buang kebiasaan)

Aku ingin berubah. Aku nak menghargai sisa usia yang masih berbaki untuk aku. Biarlah pakaian menjadi pendinding. Sekurang-kurangnya, bila dah berpakaian begini, ia membantu aku menahan diri untuk melakukan sesuatu yang tidak diredhai Allah.

Lebih daripada itu...... kerana , aku sayang suamiku, aku kesian padanya, isteri tak ikut syariat... dia kena tanggung dosa, anak-anak engkar... suami juga yang menanggung.  Aku sayang suamiku. Aku sayang anak-anak. Aku mahu kami semua dipertemukan di syurga. Apalah erti sayang... jika kami terpisah di 'sana' nanti.

Buat mereka semua.... saya masih saya. saya tidak sempurna dan belum sempurna. Saya nak baiki diri dan saya sedang belajar. Beri  peluang pada saya ya. Maafkan saya jika saya silap ya.


'Ya Allah, kau bantulah aku. Kau berilah ilham padaku. Dekatkanlah hatiku padaMu. Lekatkanlah keimananku di hatiku. Janganlah kau palingkan hati ku setelah kau beri hidayah.'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG