KU KATAKAN OK!

Punch masuk. Selesai!. Terdengar suara, 'Mazidah, mari ikut saya, saya nak minta bantuan, saya blank lah, tak boleh nak berfikir'. Puan pengetua menunjukkan surat jemputan yang diterima. Ku lihat raut wajahnya agak serabut (kalau betul istilahnya).

Beliau dijemput menjadi salah seorang panel dalam persidangan...(tak ingat apa lah pulak). Tajuk diberikan  kepada beliau ialah: 'Kerangka Baru Norma Perjawatan Kumpulan Pelaksana'. Beliau dikehendaki menyediakan bahan beserta powerpoint. (wah macam terserlah di muka ku kepintaran  dengan penggunaan power point tu.... eceh.eceh).

Aku tak mampu menolak. Aku telah berniat, untuk bantu pengetua ku sedaya boleh.. kerana aku sangat berterima kasih pada dia kerana dia telah layan aku dengan baik. Suatu ketika... di saat aku menangis kerana tekanan perasaan, di saat aku menangung sakit dari penyakit, dia sedia jadi pendengar yang setia, dia sudi hulur tisu untuk ku mengesat air mata. Di saat aku perlukan keizinan untuk balik awal kerana appoinment dengan doktor atau mendapatkan rawatan altenatif  dia kata 'ok'. Di saat aku perlukan keizinan datang lambat lantaran kesihatan yang tidak mengizinkan atau keperluan menguruskan anak-anak sekolah, dia tetap katakan 'ok'. Sesungguhnya perkataan 'ok' tu sangat besar makna bagi aku. Walau masa yang ku minta sekadar 15 minit, ia tetap besar makna bagi aku. Kerana itu  telah menyenangkan aku menyelesaikan urusan aku. Kerana itu dah menyenangkan hati aku. Bayangkan kalau dia tidak izinkan, aku mungkin akan hadapi kesukaran dan yang paling teruk, mungkin hati aku akan 'bengkek'..... atau menyumpah atau sebagainya.... kan .... itu menambah dosa.

So!,  kata-kata 'ok' cukup besar bagi aku, dan sebagai manusia yang menghargai... aku akan balas dengan kebaikan juga.... semampu aku. Insha Allah. Itu kata hati aku!.

So..... Aku tidak mampu kata tidak untuk bantuan yang diperlukan kali ini. Aku pun katakan 'ok', walaupunnnnnnnnnn...... aku tak tahu satu habuk tentang tajuk tu... walau dia berkaitan dengan perkhidmatan aku sebagai penjawat awam. ... keh...keh... yang aku tahu.... time base.. dan aku dapat tunggakan .... 'raya' sekejap..... he3

'Baik puan, saya cuba. saya cari maklumat di internet' dan aku bangkit untuk beredar.... dengan ucapan, 'terima kasih puan' . Pengetua menyambut dengan kata-kata 'sepatutnya, saya yang mengucapkan terima kasih, saya yang minta bantuan'.

'Tidak puan, saya terima kasih kerana diberi peluang. saya suka, sebab otak saya boleh bekerja. Kalau tidak otak saya beku!'.(wahhhh... sebenarnya kepala otak bergerak pantas...... macam mana.. macam mana... macam mana......).

Dan... langkah ku mulakan.!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG