DOA YANG PANJANG.....

Hari pertama sekolah bagi sesi kedua 2013. Ku melangkah dengan doa yang panjang.......

Menjelang buka sekolah.
Ya Allah, Aku ingin berubah kepada yang lebih baik. Kau bantulah aku, Kau dorongkan lah hati ku untuk bersungguh2 dalam setiap pekerjaan ku dan jauhkan aku dari rasa malas, lalai dan leka. Berikan aku kecemerlangan di sisiMu ya Allah.

Melangkah masuk perkarangan sekolah.
'Ya Allah, mudahkanlah urusan pekerjaan ku di SMK Sungai Kapar Indah, Berikan perasaan sayang antara aku dengan ketua-ketua ku, dengan rakan sejawat ku, dengan semua staf dan semua anak muridku. 
Ya Allah, berikan kejayaan cemerlang pada sekolah ku, kejayaan yang cemerlang di sisimu ya Allah. Hanya kepada Mu aku menyembah dan meminta pertolongan.

Melangkah masuk kelas.
Ya Allah, kau permudahkanlah pengajaranku. Berikan ku ilham ya Allah. Pinjamkanlah ilmu Mu untuk ku persembahkan kepada anak2 muridku, aku mohon kepadaMu, jadikanlah ia sebagai ilmu yang bermanfaat. 
Ya Allah, kau lembutkan hati anak2 muridku untuk menerima ilmu yang aku sampaikan.

Mengetuai bacaan doa untuk anak-anak murid. Dengan pesanan.. lain kali, cikgu nak kamu mengetuai bacaan, secara bergilir. Tolong hafal doa ini ya. Doa bahasa melayu, supaya kamu mudah menghayati dan terus meresap di hati.
"Ya Allah, Kau pancarkan kasih sayangMu, Kau bukakan hati anak murid ku untuk belajar bersungguh2, kau terangkanlah hati mereka, Kau kuatkanlah daya ingatan mereka , mudahkan pemahaman mereka dan lembutkanlah tutur kata mereka. Ya Allah, Kau berikanlah ilmu bermanfaat kepada mereka dan, anugerahkanlah kepada anak2 murid ku kejayaan cemerlang di sisi Mu. 

Ya Allah, jadikan anak-anak muridku ku , anak2 yang tahu menghormati kedua ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, pekerja-pekerja serta muslimin dan muslimat.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hidup anak2 muridku, dan peliharalah keselamatan mereka. Berlah mereka kesihatan yang baik dan rezeki yang halal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH