BERI MEREKA APA YANG PERLU.....

Hari ini hari pertama anakda Amira menyambung kuliahnya di UIA setelah 3 minggu bercuti . Terasa sunyi pula rumah ini semasa balik sekolah tadi. Selama  3 minggu bercuti, rumah ini terasa ada isinya, walau hakikatnya Amira sentiasa berada di dalam bilik setiap pagi waktu saya berpergian ke sekolah dan tengahari waktu saya pulang dari sekolah. Inilah perjuangan. Melepaskan untuk memperolehi yang lebih baik. Insha Allah.

Aku bersyukur mereka dapat peluang belajar ke Universiti. Biar apapun bidangnya, yang penting, di universiti peluang meluaskan ilmu kehidupan lebih luas. Ilmu yang mendewasakan dan mematangkan mereka.  Buat aku.... carilah peluang tu selagi terbentang di depan mata.

Ini hasrat hati mama & abah.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=522545014459695&set=a.208756269171906.46835.189792471068286&type=1&theater

Terima kasih ya Allah, kau beri peluang kepada anak-anakku menyambung pelajaran mereka ke Universiti. Amin di UiTM dan Amira di UIA. Aku bersyukur Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, kau mudahkanlah urusan mereka dan peliharalah keselamatan mereka. Ya Allah, kau berilah mereka rakan-rakan yang baik dan jauhkan mereka dari orang-orang yang berniat jahat dan suka menipu.

Ya Allah, kau limpahilah kasih sayangMu pada mereka, kau bukalah hati mereka untuk belajar bersungguh-sungguh, kau terangilah hati mereka, kau kuatkanlah ingatan mereka dan Kau lembutkan tuturkata mereka. Ya Allah kau tambahkanlah ilmu yang berguna kepada mereka dan berikanlah kejayaan yang cemerlang di sisiMu ya Allah. Kejayaan cemerlang di dunia dan di akhirat.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=622260967801185&set=a.195803183780301.54433.195691780458108&type=1&theater


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG