SEKOLAH DAH BUKA....

Sekolah dah mula balik.

Cuti dua minggu je....rasa2 nak lagi. Walau bagaimana pun Alhamdulillah, dapat luangkan banyak masa bersama keluarga. Menyelesaikan urusan pendaftaran anakanda Amin di UiTM Segamat, menziarah mertua di Melaka, menziarah adik ipar di Penang. Paling bermakna dapat menemui teman-teman lama semasa sama-sama belajar di UITM. Mengimbau kenangan lama. Masing-masing dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing. Syukur pada Allah swt, walau dari segi pencapaian kerjaya, mungkin mereka lebih baik tapi Allah beri aku nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Nikmat hidup bahagia.

Kini , kembali kepada 'Bussiness' hakiki....mengajar + tugasan yang tak pernah habis, bahkan makin bertambah....
Apa2 pun...amanah yang berbayar yang diberikan kepada ku, akan cuba ku lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan. Semoga Allah tinggikan darjat ku di sisiNya.

Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai cikgu semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH