MURAH HATI TAK BERTEMPAT

Mengikut jadual biasa. Jam 9.15 pagi masuk kelas 5SI3. Kelas Geografi.
Susah hati dengan kelas ni kerana tahun ini, tahun pertama mata pelajaran geografi  SPM di sekolah ku dan aku adalah guru pertamanya. Gagal atau berjayanya aku, ia akan memberi gambaran ke atas mata pelajaran geografi itu sendiri yang merupakan subjek terpinggir di kebanyakan  sekolah. Banyak sekolah yang dah tutup subjek ni (tidak ditawarkan untuk SPM).

Puas memikirkan idea untuk membuat pelajar seronok dengan subjek ni. Tapi aku rasa aku gagal. Rata-rata pelajar ju mem'parking' kepala di meja... (ngatuk dengan pengajaran ku ler agaknya).... Frust dengan situasi ini. Tetapi aku menilai situasi ini lebih kepada  kegagalan aku. Yup.. aku belum mahu mengalah... aku akan terus mencari  jalannya.....

Sebagai selingan..... 'tahniah, Amirul kerana mendapat markah tertinggi. A dalam geografi. Apa rahsia kamu. Kongsilah dengan rakan-rakan lain'. Amirul tak perlu menjawab, sebab ramai yang bantu menjawab. 'Dia, mak dia kawal cikgu. (maksudnya emak dia kontrol dia dan pastikan ia tak abaikan pelajaran)..... Aku meneruskan. 'Ooooo, ha Amir (anakanda ku dalam kelas yang sama) .... dengar tu. Emak dia, kawal dia, sebab tu dia berjaya. So, mama kena garang jugak lah.....' Amir hanya tersenyum. Dan kawan-kawan dia menambah...... 'Amir, panggil kawan2 dia datang rumah main PS cikgu.... .' Itu hakikat anakku Amir. Semasa cuti sekolah, dia kerap mengajak kekawan dia (dalam kelas yang sama) ... teman dia bermain PS.... Aduhai anakku yang sorang ni...murah hati tak kena tempat. Hanya..... rasanya baik dia ada di depan mata daripada dia melepak di rumah orang lain. Lebih risau kita dibuatnya... melebihi risau kerana tengok dia asyik bermain walaupun SPM semakin hampir.....

'Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Amir dan kawan-kawannya untuk belajar bersungguh-sungguh dan berilah mereka kejayaan yang cemerlang di sisiMu ya Allah.'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH