MAMA, SAYA MINTA MAAF, SEBAB SAYA BUAT MAMA MARAH TADI

Keadaan ku masih tidak berapa sihat. Dada masih ketat. lantas ia agak ganggu moodku. Aku jadi malas untuk berbual..... sehingga melayan anak pun jadi acuh tak acuh sahaja....kerana ia boleh menambah 'mengah' ku...... 

'Mama saya minta maaf, sebab saya buat mama marah tadi'.
Sebak , berkaca-kaca kelopak mata  dan rasa bersalah mama ni . 
Si anak kecil, Amili, saya 'bentak' (meninggikan suara) hanya kerana dia tak henti-henti menghulurkan kotak kosong sambil berkata 'tolong derma'..... ( ia mungkin berlakon) .... tapi disebalik itu, ia mungkin terbit dari rasa ralat dia... sebab abang2 dia saya bagi sedikit wang untuk sedekah di masjid semasa solat Jumaat . Tetapi  Amili tidak berpeluang utk berbuat begitu.. Ternyata saya telah buat silap yang mungkin merosakkan semangat baik si kecil. Anak2 maafkan mama.... mama silap. Mungkin kerana kesihatan mama yg terganggu.. buat mama cepat naik angin.

Ya Allah... ampunkan hambaMu. Aku selalu berdoa, mohon jadikan anak2ku anak-anak yang soleh dan solehan... tetapi aku gagal melihat dengan mata hati ilham yg telah kau kurniakan melalui anak-anak kecilku itu'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH