BERDOA DAN BERNIAT. DI SITU LETAKNYA HARAPAN

Back to school. Aku bersiap-siap untuk ke sekolah esok.
Bag sekolah, kertas soalan dan jawapan peperiksaan pertengahan tahun dan lain-lain barang yang hendak ku bawa telah ku susun di muka pintu. Tinggal untuk diangkut oleh bantuan anakku Amir yang bersekolah sama dengan ku.

Ada yang lebih penting daripada itu. Persediaan mental dan spiritual!. Aku mahu mulakan langkah ke sekolah dengan pengisian yang lebih bermakna. Aku mahu apa jua yang ku lakukan, membawa aku lebih dekat padaNya.

Aku tak mahu mensia-siakan lagi, masa yang aku ada .

Aku pegang kepada hadis Rasullullah SAW:
"Apabila matinya seorang anak adam itu,maka terputuslah hubungan dia dengan dunia melainkan 3 perkara. Doa anak yang soleh,  Harta yang disedekahkan dan ilmu yang dimanfaatkan

Dulu membaca hadis ini seperti angin lalu. Tahu maksudnya tetapi tidak tahu menghayatinya. Syukur Allah beri saya ilham melalui  penulisan Prof. Muhd Kamil bin Ibrahim, Hadis ini mula mengetarkan hati.   Ia ayat pendek, tetapi membawa makna yang besar pada kehidupan manusia. 

Abah telah bertahun-tahun pergi. Doa anak?????. sesuatu yang tidak  sungguh-sungguh saya lakukan. Aku terpukul oleh permainan dunia sementara yang mengasyikkan. Tersedu aku  mengenangi abah. Bagaimana kah dunia abah kini tanpa doa kami anak-anak. Sesungguhnya aku telah melakukan pembohongan. Aku kata sayang mereka.  Tetapi aku tidak pernah mendoakan mereka secara bersungguh.  


Abah dan emak. Maafkan anakmu. Insha allah abah. Pada usia yang berbaki ini, anakanda akan belajar menjadi hamba yang solehah. Anakanda akan kirimkan bekal sekurang-kurangnya disetiap solat anakanda. Al fatihah untuk abah dan emak. 

Kini... aku harap aku mampu miliki 3 perkara itu.  Bagaimana?...... 
Pertama: Aku ingin anak-anak yang solah.. Jadi aku perlu mulakan dari dalam diri dulu.  Kami tonggak keluarga. Corak kami, mencorakan anak-anak. 
Ya Allah, kau eratkan hati-hati kami, Kau suburkanlah kasih sayang antara kami sekeluarga.

Kedua : Harta yang disedekahkan. Peluang ini sebenarnya sangat terbuka luas. Lebih mudah kerana aku seorang guru.  Yang penting, kita mahu!. Aku mula fikir strategi. 
Ya Allah,dorongkan lah hati ku untuk bersedekah dengan ikhlas. 

Ketiga: Ilmu yang dimaanfaatkan. sekali lagi, aku berasa bertuah kerana Allah pilih aku menjadi guru. Sesungguhnya peluang untuk memberi ilmu yang manfaat terbentang luas. Cuma, kena betulkan niat!.
Ya Allah, kau permudahkanlah pengajaranku. Berikan ku ilham ya Allah. Pinjamkanlah ilmu Mu untuk ku persembahkan kepada anak2 muridku, aku mohon kepadaMu, jadikanlah ia sebagai ilmu yang bermanfaat. 
Ya Allah, kau lembutkan hati anak2 muridku untuk menerima ilmu yang aku sampaikan.

Kini..... berdoalah dan berniat!. Niatkan semuanya ke Allah. di situ letaknya harapan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG