RAHMAT JEREBU....

Hari ini 15 Syaaban. Isnin. Alhamdulillah, Allah lembutkan hati-hati kami satu keluarga untuk berpuasa Sunat.

Ya Allah, lembutkan hati kami untuk melakukan ibadat padaMu, ibadah yang Wajib dan Ibadah yang sunat dan jauhkanlah kami dari melanggar laranganMu'.

Minggu lepas Ammar join kami berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis. Minggu ini dia menolak. Mungkin dugaan besar yang terpaksa dihadapi kerana melihat teman-teman sekolahnya makan dan minum yang dia sukai. Tapi bila sekolah diumumkan cuti disebabkan musibah Jerebu..... ia bagai memudahkan kami untuk melatih anak-anak berpuasa sunat. Tidak sekolah bermakna duduk rumah. Duduk rumah godaan melihat orang makan tidak ada. Kerana abang-abangnya Amir dan Amirul juga nak join berpuasa. Anak kami Amira dan Amin yang tiada bersama kami juga tiada masalah berpuasa. Alhamdulillah mereka telah dilatih untuk berpuasa sunat Isnin dan khamis sejak di asrama SMI Hira lagi.

Ya Allah, kau berilah syafaatMu kepada guru-guru anak-anakku yang telah mendidik anak-anakku. Kau ampunkan dosa-dosa mereka dan temukan mereka di SyurgaMu ya Allah' 

 Allah satukan kami dengan niat yang sama. Berpuasa sunat hari Isnin pada 15 syaaban. Bulan yang mulia ini.

'Ya Allah, Kau eratkan lah hati-hati kami sekeluarga, Kau suburkanlah kasih sayang antara kami dan jauhkanlah kami dari berselisih faham. 

Maanfaatkan cuti untuk siapkan kerja-kerja yang belum beres...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG