'JUBAH HITAM TANDA LULUS'

Ammar : Abah belikan Ammar  jubah!. ... itu minggu lepas dan kami tidak menghampakan.....

Dan...... semalam.... sungguh!... dia gunakan jubah itu untuk solat Jumaat sangat sejuk hati ibu ini melihatnya .... tersenyum simpul abang2nya melihat... kerana mereka hanya menggunakan 't'shirt' untuk solat Jumaat. . (teringat kata-kata si penjual jubah tempoh hari.... Budak berjubah hitam ni... biasa dah 'lulus / qatam Al Quran' dan dia duduk dibaris depan. Yang berjubah putih... biasa duduk di belakang.. sebab mereka belum 'lulus' lagi.... Masyaallah... mungkinkah anak ku masuk dalam kategori 'lulus' mengikut penilaian Allah).

Aku sebenarnya risau juga bila melihat Ammar berjubah hitam pada tengahari yang panas terik tu. Maklumlah jubah berwarna hitam sifatnya kan menyerap haba. Ammar... ada sedikit penyakit kulit yang akan menyebabkan gatal nya 'naik' terutama bila berpeluh.  Aku bimbang .. situasi itu akan mematahkan semangat dia untuk mengenakan pakaian muslim itu...... kebimbangan itu.. ku tenangkan dengan doa:

Ya Allah, Ammar menggunakan jubah hitam. Kau hilangkan rasa panasnya, Kau gantikan dengan rasa nyaman. Sesungguhnya aku bimbang rasa panas atau tidak selesa akan mematahkan semangatnya untuk menggunakan jubah lagi'.

Berkali2 ku berdoa... sepanjang perjalanan ke masjid.....
Seusai solat Jumaat... aku agak suspen... apakah rungutan yang akan keluar dari mulutnya tentang pemakaian jubah itu...... Alhamdulillah... tiada rungutan, Allah pelihara anakku Ammar.... 

Dan ..... petangnya dia berkata pada Abah....'Abah, jomlah solat kat Masjid... Ammar nak guna jubah Ammar'......

Mama: 'mama selau berdoa...

‘Ya Allah, Kau, jadikan kami orang yang mahu menutup aurat dengan sempurna dan  mahu solat berjemaah di masjid. ‘
 Allah beri kita ilham ... melalui Anak-anak bang.......


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG