MERENTAS DESA.... MERENTAS KEBIASAAN....

Seawal pagi guru-guru dah mengusung Buku Rekod Mengajar ke pejabat. Ini bermaksud hari ni adalah Hari Merentas Desa iaitu guru-guru mengikut seperti mana arahan yang diberikan.... 'pintu bilik guru akan dikunci. Guru2 tidak dibenarkan berada di bilik guru untuk buat kerja sendiri termasuk menyiapkan Buku Rekod Mengajar'. Mana yang tidak siap... menyambungnya di kantin dan sebagainya..... Ha..ha .. merentas kebiasaan..

Best juga tengok budak2 merentas desa... lebih2 lagi bila berada di garisan penamat.... Aku tak de rumah sukan... tak best betul bila time3 macam ni... time pelajar berlumba di garisan penamat. Apa aku nak sorak.... So, sokonglah rumah lama aku, sebelum aku pegang GKMP... RUMAH KUNING... KUNING DI HATI. ....

Akhirnya.. rumah kuning mendapat tempat ke 3 dari 4 rumah... Ha.. ha.. ha.. Merentas kebiasaan... Biasa Merentas Desa rumah Kuning JUARA... Begitulah adat.... ada masa kita di atas... tunggu lah masa... KAU AKAN DI BAWAH JUGAK...

Sementara pemenang acara diumumkan... Pertandingan Senamobik mengikut rumah di adakan... Aku salah seorang hakim. Rasanya aku bukan biased.... tapi persembahan rumah KUNING memang agak LUAR BIASA... Hakim2 lain juga sebulat suara memilih kuning... yang ni rasanya bukan MERENTAS kebiasaan... sebab bahagian persembahan... memang rumah kuning selalu KE DEPAN... Ye lah.. tengoklah sapa di sebalik pembikin kejayaan tu... Sifu Wakjier & Kodin.... Tahniah?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG