ADAKAH TUGAS AKU SUDAH SELESAI????

'Akak nak buat Kem Tingkatan 6'... Cukup dengan kata2 tu, aku dah tergambar besarnya harapan adekda Wazir. Dan aku tergambar besarnya peranan aku di sini. Merealisasikan impian adekda ku sorang ni. Aku bagi tau hasrat Wazir ni pada suami.. dan aku luahkan ..'berat ni... Dulu, kem KRK, ngan budak kecik, senang nak handle. Ni budak2 besar, susah nak handle, Wazir kena lebih kuat kali ni'.

Aku mulakan langkah ku. Rangka Kertas Kerja. Kami cuba dapatkan sokongan... Alhamdulillah, Cikgu Zaurah, Cikgu Mazlan (walau tak dapat hadir), Cikgu Hanafi, Cikgu Amirul... antara orang2 pertama beri sokongan.

Setelah kami berbincang dan setelah Cikgu Wazir beri taklimat dengan semua pelajar tingkatan 6 , aku murnikan kertas kerja. Bila aku dah serahkan kertas kerja tu, aku anggap kerja aku dah selesai. Aku bukan guru tingkatan 6, aku tak berani nak melibatkan diri terlalu banyak dengan aktiviti tingkatan 6. Mereka ada gurunya sendiri...

Tapi bila Cikgu Wazir kemukakan persoalan2, terutama berkaitan penceramah .... ho..ho..ho aku belum boleh berhenti lagi...

Hari ni, aku dengan lembutnya lidah ku ... menghulurkan kertas kerja itu pada Cikgu Taherah.... Alhamdullilah, mendapat penerimaan yang sangat positif dari dirinya. Dia memang tak pernah handle kem, dia memang tak de langsung pengalaman urus hal ni... tapi dia sanggup terima dengan janji nak buat yang terbaik. Aku bagi kepercayaan kat dia dan katakan pada dia 'ambiklah tugas ni sebagai pengalaman, berlainan dari tugas peperiksaan ...jangan risau kami akan tolong'.


Seterusnya Cikgu Nadiah pulak.. aku, macam biasa lah… bila nak minta tolong.. he3, lembut lidah…. Alhamdullillah, dia juga positif. sedia membantu …..

Sewaktu makan di kantin, sekali dengan pengetua aku bisikkan pada Zai….’Zai, angin pengetua baik tu….. bagi tau dia tentang Kem ni. Alhamdullilah. Pengetua izinkan dengan beberapa syarat yang tidak sukar untuk dipenuhi….

Niat yang baik.. memang Allah tolong…. Cikgu Nazer offer untuk join. Cikgu Kodin, Cikgu Nizam pun sedia bersama….

Alhamdulillah… respond yang diterima setakat ini sudah memadai untuk meneruskan Kem ini. Kem yang pertama kali akan diadakan…
Tinggal beberapa orang guru tingkatan 6 lagi yang belum ku cucuk…

Insyaallah…. Aku yakin… niat yang baik… Allah sentiasa bantu. Bukan untuk aku, bukan untuk cikgu2… tapi untuk anak didik kami….

Buat Adekda Wazir…. Semoga impian murni mu tercapai. Janji ye, semangat kena kuat...

Buat guru-guru yang terlibat…. Semoga kerjasama antara kalian lebih merapatkan ukhwah antara kalian… dan mungkin ada kebaikan untuk kalian di masa akan datang.

Dan aku… adakah tugas ku sudah selesai…. he3

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH