SOALNYA MENGAPA?????

Bukan semua gelanggang boleh kita tawan. Kadang-kadang gelangang lawan lebih mudah kita tawan dari gelanggang sendiri, sebab orang 'kita' tahu, banyak kelemahan kita dibanding dengan orang luar.
Macam-macam tafsiran boleh diberikan.... dan aku ada maksud ku sendiri...
Aku tewas ... Aku longlai..... hanya air mata yang berderai,
Anak yang ku sayang, tiba-tiba memberontak. Tak nak balik asrama. Berkeras nak pindah sekolah..... Aku tak pernah curiga dengan sekolah tu. Sekolah tu dah banyak menghasilkan produk yang berkualiti..... Doktor, Jurutera, banker, pemimpin... yang islamik. Ramai orang disekeliling ku yang mendapat pendidikan di situ berjaya.....
Tapi anak-anakku....... 
Aku memilih sekolah itu kerana mahu memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anakku.... Maklumlah aku seorang guru di sekolah biasa... banyak sangat yang ku dengar, yang ku lihat tentang salah laku anak sekolah terutama berkaitan pergaulan antara jantina.... Tambahan pula, aku sedar aku bukan ibu yang baik, bukan contoh yang baik.. aku tak mampu mendidik anak2 terutama soal agama.....
Aku tak pernah rasa sayang setiap ringgit yang ku keluarkan untuk perbelanjaan sekolah anak-anakku. Bukan sedikit wang yang terpaksa kami belanjakan... setiap tahun , duit bonus suami ku habis kami gunakan untuk perbelanjaan masuk sekolah di awal tahun persekolahan.....Biasanya mencapai RM10,000 .. untuk 5 anak yang bersekolah di situ.... Yuran bulanan, RM2000.. Wang saku Mingguan + stok + barang keperluan sekolah dari masa ke semasa + barang keperluan lain seperti sabun, sampu dan sbagainya......Bayangkan, kalau anak ku sekolah kerajaan biasa... mungkin wang simpanan kami membolehkan kami menunaikan umrah setiap tahun....
Tapi aku dan suami memilih untuk mengutamakan pendidikan anak-anak.... 
Lebih kurang 10 tahun belajar dalam sistem pendidikan yang sama, persekitaran persekolahan yang sama.... 
Tiba-tiba... dalam sekelip mata, anak ku berubah.... mahu berpindah... mahu bertukar arah...
Soalnya, Mengapa?..... Aku sendiri tiada jawapan yang pasti.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH