WALAU SEKADAR .....

Cerita semalam... bukan seorang anakku yang tidak mahu balik semula ke asrama...
Semalam, seorang lagi anak, tak mahu balik asrama dengan alasan sakit perut. Aku terima alasan itu.

Hari ni, bila aku berhajat nak hantar dia balik... dia mengeleng dan berkata nak balik Rabu. 'Ikut suka dia je... Macam sekolah mama dia punyer jer... Nak balik ikut suka hati.... Macam tak tau peraturan....'

Aku hanya mampu berkata '.... kalau ada masalah, bagi tau mamalah.., sedih mama, anak-anak buat macam ni...'

Dan aku kehilangan kata-kata ..... dan menahan kesabaran...

Pada saat ku.. aku rasa aku perluakn seseorang untuk bercerita.....
Ku jenguk FB, mungkin ada tempat untuk ku bercerita.. atau menconteng sesuatu di dinding buat memadam contengan di hati. Teman2 baik ku memahami situasi ku. Terima kasih Adekda Zamre & Adekda Wazir, atas kata-kata sokongan dan doa.

Kebetulan anak angkatku (mantee) menyapa ku... dan kami berbual... aku ambil kesempatan menasihatkan dia...'Cikgu nak.... jadi pelajar terbaik dalam kelas, cemerlang dalam pelajaran, membahagiakan & mengembirakan ayah dan ibu'.... Kata-kita macam aku sedang berbisik & mengharapkan untuk anak-anakku sendiri... semasa menulis & bercerita dengan mantee ku.. air mata ku terus berderai..... sedeh, sebak, sayu.. mengenangkan anak-anakku sendiri....

Dan perbualan kami berakhir dengan... 'saya janji cikgu.. saya akan belajar bersunguh-sungguh hingga berjaya untuk mengembirakan mak saya, ayah saya dan cikgu... (aku)....

Terima kasih anak.. WALAU SEKADAR anak mantee... untuk seketika... mama ni rasa bahagia....

Semoga janji itu membuahkan hasil.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH