SAHABAT & PERSAHABATAN


Letihnya. Hari ini temankan Cikgu Wazir latih budaK2 3KRK untuk persembahan Minggu Seni & Geografi (tolong teman jelah... nak latih nyanyi....ops tak sesuailah). Sebelum latihan, dengarlah dia berleter kat budak2 tu (ayat... 'power', bak sembilu....). Pada anak2 KRK yang terasa,terima je lah.... Itulah langkah2 untuk jadi sahabat baik,untuk jadi akrab. 'Gaduh'... 'Baik'....'Gaduh'.... 'Baik'. Hakikatnya, kami nak kamu semua jadi hebat. Orang hebat, bukan setakat pandai belajar je, tapi sporting, positif, sentiasa beri kerja sama. Bak pepatah 'belum disuruh sudah datang'. Faham ye anak2...

Lepas latihan, hantar anak2 balik Sementa, Perepat & Kapar. Sempat nasihat kepada penumpang terakhir 'buat masa ni, bersahabatlah dengan sesiapa saja. Bersahabat dengan ikhlas, dengan jujur. Jangan ada perasaan lain ... '. Saya sempat bercerita padanya, bagaimana saya sangat perlu pada sahabat dan persahabatan. Kalau saya 'berperang' dengan sahabat baik saya, saya akan menangis bukan kerana saya terluka kerana kesilapannya, tapi menangis kerana saya rasa, saya tidak diberi kemaafan. Saya rasa, saya telah kehilangan peluang untuk terus menjadi sahabat baiknya....

Tiba di rumah, terus ke dapur. Tunaikan tanggungjawab. Masak untuk makan malam. Masak 'simple' je. Kailan ikan masin, ayam goreng halia & sambal cencaluk. 15 minit siap..... Tengah sibuk masak, Tiba2 Ammar bertanya, 'Ma, biru campur hitam jadi apa'?. Mamanya tanpa berfikir, terus jawab, 'Entahlah'. Ammar pun terus berkata, 'Ma jawablah ma.., mama tahu...'. Saya pun menjawab dengan tak fikir panjang, 'Cikgu Wazir tahu, nanti Ammar tanya Cikgu Wazir ye'. Ammar pun berkata, 'Ma..., jadi biru hitam lah (biru gelap lah tu)'. Ni lah masalahnya, mak sibuk, mak penat dengan keje sekolah, nak jawab soalan anak pun, mak 'tak daya' nak fikir.
'Baik' punye emak!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG