BAJU SERAGAM

Hari ini saya memakai baju oren, seragam dengan ramai lagi guru yang lain. Warna oren, warna koperat KPA, pengaruh Cikgu Wazir la ni. Dia ni orang kuat dan sangat taksub dengan KPA. Habis orang dia nak direkrut masuk KPA, pelajar & guru. Termasuklah saya. Siap dia belikan saya (tolong beli je) baju berwarna koperat KPA - Oren. Puas cuba mengelak, tetapi berbagai alasan diberinya -Nak akak jadi 'Icon' 'Klasik Anggun' 'versetile' 'Murid tabik spring'. Saya pun sebenarnya tak sampai hati menolak harapannya. Dia antara kawan baik saya di SKI. Satu kepala. Dengan dugaan2 dan rintangan yang telah kami lalui, mengakrabkan kami. Kami dah janji akan saling menolong, saling membantu, saling menyokong. Hasratnya, nak tengok semua guru pakai uniform pada hari Rabu. Biar semangat murid-murid nak pakai sama. So, saya macam tidak ada pilihan.....

Saya sebenarnya belum berani memakai baju yang dibeli cikgu Wazir. Maklumlah sepanjang jadi cikgu hanya berbaju kurung. Tiba-tiba ........kena tukar penampilan. Puas saya memikirkannya, lewat petang semalam, saya memandu sendirian ke Shah Alam Mall dan Komplek PKNS mencari baju kurung Malaysia warna oren. Lepas Magrib, keluar pula ke Meru mencari tudung hitam (saya tiada koleksi tudung hitam - tak suka tudung warna hitam). Punyalah nak menyokong kawan. Bersusah payah cari baju warna oren. Rosak.. rosak. Saya yang veteran ni disuruh pakai uniform KPA, dengan kain hitam (kipas belakang, tu....) & tudung hitam. Baju oren terang pulak tu.... Jauh lagi orang dah nampak.

Bila pakai ..... dah agak dah.... memang banyak ulasan diterima. Suami kata 'wau!'. Kawan-kawan kata 'macam anak dara', 'Lain.. hari ni', 'betul ke ni..', 'Biar betul', 'cantik akak hari ini' (ayat paling banyak). Anak murid kata 'cikgu cantik', 'wau!', 'silau' dan ada juga yang bagi isyarat dari jauh menunjukkan ibu jari 'good'.

Penampilan ni, bukan niat nak cari publisiti. Niatnya: 1. Sokong kawan, nak penuhi impiannya. 2. Sporting 3.Sekali-sekali buat kejutan, seronok juga. Baru ceria suasana.

Sebagai guru ni, ada ketikanya kita rasa bosan dengan rutin yang sama, tertekan dengan bebanan kerja, tension dengan hal kenakalan anak-anak murid. Tapi, tidak dapat dielakkan, kita kena kerja juga(nak hidup..). So, 'kena lah.. kreatif nak bagi kita terus ceria, terus seronok dengan kerja kita. Barulah menjadi....'. Be happy......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH