PERJALANAN KU

Hari ini bertambah satu lagi kemajuan dalam diri saya. Saya dapat menulis dalam blog saya sendiri. Suami yang membinanya. Selebihnya saya belajar menambah sendiri. Sudah lama saya ingin ada blog sendiri. Maklumlah orang bekerjaya, selain mencatat perjalanan hidup dapat juga mencurah perasaan. Release tension sikit. Selalunya suamilah pendengar setia. Kalau tak pun handsetlah jadi teman, untuk bercerita dengan kawan baik yang menjadi teman seiring dalam perjalanan ku.

Dalam hidup ini, saya memang perlukan teman. Suami memang ada tempatnya sendiri. Dialah teman hidup, yang selalu disisi menemani susah senang, suka duka. Tapi di tempat kerja dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai, teman-temanlah yang diharap sentiasa menemani, memberi sokongan, berkongsi pahit manis dan suka duka, berkongsi pengetahuan, pengalaman serta kepakaran. Saya pasti, walau sehebat mana, walau setinggi mana semangat, saya tidak boleh berjaya, saya tidak boleh menjadi cemerlang, kalau saya melakukannya sendiri. Saya masih perlukan keluarga dan teman-teman untuk menyokong, membantu dalam menyusun langkah, meniti hari ke perjalanan yang cemerlang, cemerlang dalam hidup dan cemerlang kerjaya.

Harap-harap dengan blog ini saya menemui banyak lagi kawan, menemui banyak lagi pengetahuan, menemui banyak lagi pengalaman. Dan dengannya saya boleh memajukan diri saya.

Buat suami tercinta, terima kasih atas perkongsian hidup kita. Buat anak-anak tersayang, terima kasih kerana menghargai mama & abah. Buat teman baik di SMKSKI, terima kasih kerana berkongsi kepercayaan, keikhlasan, Keceriaan & Harapan. Buat teman-teman lama di SMKTIS terima kasih kerana di sana saya belajar bertatih dan menjadi dewasa. Buat anak-anak murid yang dikasihi, terima kasih kerana bersedia menyayangi dan menghargai. Buat mereka yang lain, terima kasih kerana bakal & sedia menjadi teman untuk percambahan fikiran & perkongsian ilmu.

Buat kita semua, sama-sama kita pastikan supaya "Hari Ini Sentiasa Lebih Baik Dari Semalam". Sesungguhnya "Kejayaan Luar Biasa Di Cipta Oleh Insan Biasa Yang Berusaha Secara Luar Biasa"

Photobucket

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH