TERKENANG MASA DULU2

Hari ni makan sama2 Che Ana dihari2 akhirnya di SKI. Majlis diadakan oleh2 pelajar2 kelas 6A3 kerana mengenang jasanya yang telah memberi pendidikan yang baik kepada mereka. Saya yang tak berkaitan dengan mereka pun kene angkut sekali. Cikgu Wazir la ni, asyik gunakan ayat 'together as one', so saya & yan pun melekat sekali. Tak pe lah.... Salleh2..Salleh... cikgu ada 'syer'kan...

Tarikh saya pindah ke SKI sama dengan Cikgu Che Ana, Januari 2006. Kira kiteorang ni senior setahun dengan Cikgu Wazir (Sedor diri ye, Awak tu adik!). Mula2 saya datang SKI dulu, agak payah jugalah, maklumlah orang baru... bawa gaya 'akak tiri' pulak tu, & ada ketikanya terlebih 'mesra alam'. Dan lagi, datang ke SKI dengan membawa 1001 macam persoalan pulak tu!. Maklumlah dah Ketua Bidang pindah ke SKI & jadi guru biasa je...pelik2... Sebelum saya sampai SKI lagi (cuti bersalin anak ke 6) saya dah dapat macam2 tugasan hebat, Penyelaras Bidang, Guru Jadual Waktu, Guru Data Emis, AJK Takwim 2006 dll. Macam lah hebat sangat!. (Dolu2 boleh lah, tenaga banyak lagi... sekarang... pancit sikit!).

'Di awal kehadiran, Cik Ana, & Geng SMKTIS (Kak Sakila, Kak Zah, Kak Nah, Roszana, Maswi dll) lah yang menyambut dengan tangan terbuka. Walau macam2 cerita sensasi tentang diriku, mereka tahu siapa aku yang sebenarnya. Terima Kasih. Mujurlah, kehadiran ku membawa sedikit ilmu di dada, so bolehlah ku meresap masuk ke dalam kelompok mereka. Kini Alhamdullillah, aku rasa, aku dah jadi sebahagian dari SKI. Kini, masa 3 tahun berlalu, Che Ana, kawan yang sama2 melangkah masuk SKI akan pergi dulu ( macam nak ikut je aku ni), pergi bertukar lokasi & situasi kerja. Tak pe lah ... kita semua berhak memilih untuk bahagia. Cuma yang dikesalkan.... rasanya aku tidak memanfaatkan masa yang ada untuk menjaga baik kawan ku ini'. So, di ruangan ini, ku pohon, atas segala kesilapan, kelemahan & kekurangan ku. Terima kasih atas persahabatan, kasih sayang serta segala2nya lah... Tadi tak terucap... (Baru nak start dah banjir... Maklumlah ratu air mata, yang ke2 Wazir & yang ke3 Yan)

Buat anak2 6A3 & Cikgu Wazir, terima kasih kerana menerima cikgu jadi sebahagian keluarga besar anda semua. Rasanya minggu Seni dah mengakrabkan kita...
Hari ni, mujur korang bawakan bekal jajan. Ammar dah bising da... sebab mamanya lambat. Lalu kat Setia Alam je, dia mula berlakun... 'Ma sakit perut, lapar!'. Dia nampak bayangan KFC lah tu... Tapi, mamanya buat tak dengar je.... (Tak boleh ikutkan sangat...he3)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH