AMIN...ANAKKU

Hari ni satu hari lagi keluar rumah. Pagi2 Amira telefon, ingatkan kami untuk ambil dia di asrama & sempat merengek bawa dia ke Pesta Buku. Awalnya kami menolak, tapi... sebak je dia. Tak sampai hati pula. Sebenarnya semalam dia dah pergi 1 bas bersama guru & rakan sekolahnya. Tapi dia tak dapat beli apa2. Dia kata 'Abang Amin hanya dapat bagi dia RM10'. So, semalam dia 'survey' je & plan nak ajak kami hari ni untuk tunaikan hajatnya.

Di Pesta Buku, seperti lautan manusia. Seronok juga, melihat ramainya manusia berkunjung ke tempat yang berfaedah. Terlalu ramainya orang, sehingga sukar untuk membelek2 buku. Kami terpaksa berpecah. Berhubung melalui telefon je. Amira .... cari kawan2 lah dia... Hari ni, budak Hira kumpulan lain pula datang. Di situ, saya nampak juga kelibat budak2 SKI. Penat membeli..Saya, suami & Amir melepak2 & kemudian cari tempat makan sementara menunggu. Harga makanan... amboi mak! Nasi ayam RM8, mee goreng RM5, Nasi Lemak RM3. Tapi... belasah je lah

Buku?... beratus jugalah duit yang dihulur. Beli buku latihan/ kerja untuk anak2 - Ammar, Amirul, Amir, & Amira. Untuk kami...apa lagi,kalau tak tentang komputer (photoshope, membina laman Web, membina blog, buat video, panduan laman web untuk guru), tentang kamera (teknikal studio foto), & tentang gubahan (hantaran, kamar beradu, kraf kreatif)... banyak tu. Membeli macam tak jumpa kedai buku lagi.... Untuk Cikgu Wazir abang belikan 1 buku & 1 majalah Photoshope CS3 (so, manfaatkan ye). Untuk Yan, akak tak lupa juga... cenderahati!

Yang seronoknya, di tengah lautan manusia tu, saya dapat bertemu dengan anak sulung, Amin. Dia pun datang bersama kawan usrahnya. Bila ditanya, beli buku?. Jawabnya 'tak ada duit'. Bila ayahnya hulur duit, dia kata 'tak pe lah, tak payah'. Ayahnya desak, baru dia ambil. Itulah istimewanya, Amin, dia tak ambil, dia tak minta jika dia rasa tak perlu. Kami bagi belanja RM10 je seminggu, tapi dia boleh kumpul jadi ratus (Langsung tak macam mama & abahnya). Semoga Allah SWT sentiasa memudahkan segala urusannya, kerana sentiasa memudahkan mama & abahnya. Amin..

Ulasan

  1. buku tu dalam bahasa ape? omputeh ker? alamak...montel..tolong..ape2pun terima kasih daun keladi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH