MAAFKAN MAMA...

Hari ni masih meneruskan latihan untuk persembahan pada Isnin nanti. Sebenarnya, belum pun latihan bermula, hati dah rasa kecewa dengan pelajar2 yang terlibat.

Kami menunggu mereka dari jam 1.05, jam hampir 2.30 petang baru semua muncul. Rasanya mereka tu pelajar2 cerdik. Sepatutnya mereka lebih bertanggungjawab. Mereka lebih mudah faham perasaan orang yang menunggu, lebih2 lagi cikgu mereka. Dah tahu lambat, tak pula rasa bersalah. Tak pula minta maaf!. Kecewa sungguh dengan mereka. Anak2 tahu tak, kerana kamu lambat, cikgu pun terpaksa balik lambat. 'Cikgu kena tunggu kerana cikgu nak berjuang, nak memberi kerja sama, nak memberi sokongan kepada Cikgu Wazir & Cikgu Aryanti. Tetapi, cikgu ada tanggung jawab lain. Anak2 cikgu!. Hakikatnya, cikgu amat gelisah, kerana mengenangkan anak2 sudah menunggu lama untuk dijemput'.

Tiba di tadika, terlihat Ammar sedang bermain seorang diri sambil mengusung papan di sekeliling tadika. Bila nampak saya, dia menghampiri dengan penuh lemah. Saya nampak mukanya berkilat, berpeluh & kulit agak gelap. Dengan lemah dia bertanya ' Ma, kenapa lambat. Abang Ammar penat tunggu. Abang Ammar tak tahan nak terkencing. Abang Ammar lapar'. Meleleh air mata saya. Sebak. Saya hanya dapat berkata, 'mama minta maaf ye. Mama ada kerja'. (Dalam hati, memang menyalahkan diri & ada kalanya kesal. Berkorban untuk anak2 murid, anak sendiri kesusahan). Sesungguhya, anak2 sudah banyak berkorban untuk saya. Mereka banyak bersabar untuk saya. Bukan sahaja berkorban, malah kadang2 mereka terkorban kerana ada ketikanya saya terlupakan keperluan mereka, saya terabaikan pelajaran mereka. Maafkan mama, sayang.

Hari ni entahlah... letihnya berganda. Mungkin sebab malam tadi kurang tidur kerana menyiapkan kerja2 sekolah dan ditambah pula rasa kecewa kat anak2 murid yang lambat datang latihan. Dan...saya 'surrender'. Saya tak larat nak masak. Balik tadi pun, saya hanya mampu masakkan maggi & gorengkan 'nagget' untuk anak2. Nampak sangat mereka sangat kelaparan. Sehingga di'tonggang'nya periuk. Kesian anak2.
Ini lah cikgu!. Membakar diri menerangi orang lain. Diri sendiri & anak sendiri....... 'sendiri jaga!'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH