MERAYAU

Hari ni cerita cerita pasal blog. Sebelum ni, suami yang tolong bina untuk kawan2. Tapi saya mendapat dorongan suami, menyuruh saya belajar buat sendiri. Akhirnya saya berjaya membuat blog untuk Cikgu Che Ana. Saya bina & mereka susun letak blognya (Bukan sehebat mana pu, tapi oklah juga untuk orang yang baru belajar ni). Semakin hari, bertambah ilmu saya tentang blog. Tahu 'bahasa2' komputer, tahu macam mana nak buat 'pautan', nak masukkan 'bar video', 'Bar tayang gambar' dan sebagainya. Saya minta anak saya ajar saya cara untuk masukkan lagu. Rupanya, dia dah lama bina blog, untuk kelasnya. Anak2 saya 'terror' juga dengan komputer & internat. Mereka boleh 'download' sendiri lagu, video @ 'games', mereka ada 'flickr', mereka ada 'friendster, ada blog. (Dah ... semua anak, telah diajar komputer dari dalam perut lagi....)

Berbalik dengan membina blog, saya minta suami ajar macam mana nak buat 'Chat box'. Sebelum ajar, suami kata ... 'nanti tak de masa nak melayan'. Jawap saya .. 'nak juga, nak belajar bina',saya nak meneroka & nak tahu apa yang boleh saya dapat daripada internet. Saya berharap, melalui blog saya, saya dapat capai semua laman yang berkaitan dengan saya, terutama sebagai guru. (Termasuklah menyembang). Lepas ni, saya nak belajar macam mana pula nak 'upload' video kat 'yutube'. Saya memang tidak pernah puas dengan ilmu yang ada. Seronok juga tahu tentang komputer & internat. Dengan itu juga, saya dapat memahami dunia anak2 terutama anak2 saya yang banyak mengabiskan masa dengan komputer. Saya tidak tak dapat halang mereka melayari internet, jadi saya kena tahu ke mana mereka 'merayau'.....

Ulasan

  1. melayari internet bagus tapi jangan merayau hingga lewat malam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH