PERASAAN SEMALAM

Semalam, perasaan itu datang lagi. Rasa bosan, rasa malas, rasa penat. Pagi-pagi rasa lesu je nak masuk pintu pagar sekolah. Hati rasa tak tenang. Perasaan bercampur baur. Lebih 'syahdu' lagi bila..... terima 'tamparan semalam'....... Rasanya macam dah buat yang terbaik. Tak harap apa2 pun. Cukuplah jika dapat menjalankan tugas dalam suasana yang harmonis, mesra, ceria, bersefahaman, memberi & menerima, saling memaafi, saling membantu, betul & membetulkan, baik & membaiki, ikhlas dan sentiasa berbaik sangka. Balik rumah mengeluh pada suami. 'Rasa Bosanlah dengan Sekolah'. Jawapan suami ringkas tapi cukup bermakna. '.....ala fikir seronok dengan kawan2, seronok dengan anak murid je.... '. Itulah suami. Menjadi teman, menjadi sahabat. Dia lah pendengar setia. Dia menjadi sebahagian kerjaya saya. Dia sentiasa menyokong, membantu apa sahaja yang saya nak buat untuk sekolah. Dia menerima baik, semua kawan2 baik saya. Dia menerima baik, anak2 murid saya. Dia selalu temani dan kadang2 sanggup ambil cuti untuk menyertai saya dalam aktiviti sekolah. Sehinggakan anak2 murid saya pun panggil dia 'cikgu'. Sepanjang hari di rumah semalam, saya tak buka pun kerja sekolah biarpun sebenarnya banyak kerja yang perlu disiapkan. Lihat papan putih dalam bilik tidur, tercatat lebih 20 kerja yang saya kena buat. Selalunya saya positif.....'Kalau saya buat satu persatu, lama2 siap'. Tapi ayat saya semalam 'banyaknya kerja, tak habis2, bosannya....'. Memang perkataan 'bosan' sentiasa saya lontarkan....... Tidor malam pun dalam keadaan bosan. Pagi ni, pukul 5 pagi terjaga, saya terus buka komputer & menulis. Inilah istimewanya ada blog sendiri. Boleh curah perasaan padanya. 'Dia' tak marah pun...... . Hakikatnya, saya hanya manusia biasa. Tidak sehebat mana. Perjalanan hidup banyak dipengaruhi emosi. Ada ketikanya ok dan ada ketikanya tidak ok. Kalau ceria, semua menjadi. Kalau murung... (rasa nak berenti jadi cikgu pun ada). Harap2 hal ini tidak menjejaskan saya untuk berhadapan dengan anak murid dan tidak juga melukakan hati sesiapa.....

Ulasan

  1. Assalamualaikum dan salam keamanan

    Senyum, senyum, senyum cikgu,itulah realiti kehidupan di alam fana. Bebanan kerja memang memenatkan otak minda. Oleh itu akak harus bijak mendidik hati bukan melayan emosi. Maaf jika coretan tadi kasar bunyinya. Semua rakan-rakan sentiasa kagum dengan akak mempunyai iltizam, semangat juang dan kegigihan yang tinggi. Didiklah hati kita menjadi lebih tenang agar perasaan tidak memakan hati ( latifah) itu.

    Mendidik hati menjadi lebih tenang kiranya kita dapat muhasabah diri kerana kita adalah milik-NYA. Tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala ujian, tidak rasa tenang dengan pujian dan tidak menderita dengan kejian serta cacian manusia.

    Pautkan hati pada zikrullah, sentiasa merasakan diri serba kekurangan dan amat memerlukan-NYA semua keadaan dan setiap ketika.

    Sekian, salam keamanan
    Insani

    BalasPadam
  2. Tak tahu siapa yang menulis. Terima kasih tak terhingga. Rupanya sahabat ada di mana-mana. Dalam suka, dalam duka, dalam bising, dalam 'senyap'. Memanglah, selalu berharap menjadi tabah, menjadi insan yang tidak mengecewakan, sentiasa bersemangat untuk membantu .... tapi sekali-sekala perasaan kecundang tu datang juga........

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH