SEBIJI KEK POTONG 29

Saya nak menyambung pasal mentor mentee. Melalui program tu, saya menerima 3A (3 anak angkat) dari kelas 3A bernama 3A (Aina, Aiza & Ayuni) campur 6 anak di rumah, jadi 9 anaklah.

Sebagai ibu angkat, langkah pertama ialah untuk membina ukhwah, membina hubungan dengan anak-anak yang baru dikenali. Langkah pintas yang dibuat ialah menyambut hari jadi salah seorang anak dengan sebiji kek (kebetulan tarikh harijadinya paling terdekat). Maklumlah, musim sibuk ni, tu je yang sempat. Selepas nyanyian lagu selamat, lilin ditiup,kek dipotong, cenderahati diberi. (print out gambar saiz A4 je)

Tidak disangka, tiba-tiba mengalir air mata salah seorang pelajar yang sama-sama meraikan. Bila diselidik, katanya ' hari jadi dia ...... ' (biarlah rahsia). Terkedu juga saya. Ingatkan, saya boleh membuat semua orang ketawa......

Buat anak-anak KRK, maafkan cikgu. Mungkin cikgu silap. Tetapi tidak terlintas pun untuk mengecewakan hati sesiapa. Kasih sayang cikgu sama sahaja pada semua orang. Apa yang tersirat sebenarnya ialah, cikgu mengharapkan kita boleh bersama-sama membina ukhwah dan kita boleh bersama-sama berjuang. Kek itu menjadi simboliknya. Simbolik, kita boleh berkongsi (walau sorang sedikit, maklumlah, kek tu pun bukan besar sangat) dan seterusnya berkongsi susah senang, suka duka dalam mengharungi cabaran sebagai pelajar, sebagai remaja. Cikgu harap semua orang akan berkongsi kegembiraan yang sama nanti bila, semua orang cemerlang dalam PMR. (target yang terdekat)

Rupanya, setiap orang, boleh memandang satu perkara itu dari pelbagai sudut yang berbeza. Apa yang kita rasa betul, belum tentu diterima betul oleh orang lain. Dan ..... cikgu tak semestinya betul, anak murid juga tidak semestinya betul. Yang pasti,Allah tahu apa yang ada di hati kita.

Ulasan

  1. Tak merasa kek tu..... tapi hari tu semua krk students bersemangat belajar....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH