TERIMA KASIH CIKGU


Semalam, mesyuarat kurikulum, panjang............. Ingat dapat balik awal. Berjanjilah, nak 'date' dengan suami, ke tempat kami selalu berekreasi ( kedai komputer lah..) & dapat makan luar sekali.... (Cuti masak). Tapi pukul 3.30 baru habis..... Telefon suami, 'cancel', sebab 'penat & sakit kepala'. Antara agenda mesyuarat ialah post-mortem peperiksaan PMR, SPM & STPM. Semua Ketua Panitia kena bagi laporan - sebab prestasi naik atau turun & cadangan / aktiviti tahun ini untuk meningkatkan prestasi. Bila habis je ketua panitia di bawah Bidang Kemanusiaan memberi laporan, giliran saya pula untuk memberi ulasan. Oleh kerana masa pun dah lewat ( maklumlah Sabtu....fikiran ingat suami & ingat nak balik je...), saya hanya mengucapkan ... 'Terima kasih yang tidak terhingga & penghargaan kepada semua Ketua Panitia di bawah bidang saya. Bagi saya mereka semua seorang yang berdedikasi, kerja tidak perlu diarah, bertanggungjawab terhadap anak buah & prestasi pelajar. Saya tidak mampu untuk menjaga semua guru di bawah bidang. Mereka telah menjalankan tanggungjawab itu. Prestasi mata pelajaran di bawah bidang saya meningkat kerana kehebatan mereka, Ketua Panitia'. Maaf! memang hanya itu, yang ada di fikiran saya waktu itu. Dan saya ikhlas. Memang mereka seorang yang hebat! Saya tidak pernah menafikannya. Terima kasih!.
Yang terharunya .... bila keluar dari bilik mesyuarat, salah seorang Ketua Panitia berkata kepada saya.. 'bestnya, akak jadi ketua bidang... ucap terima kasih kepada anak buahnya' dan diikuti pula kata-kata salah seorang Ketua Panitia saya.... '.... lupa, patut tadi, cakap terima kasih juga kepada akak kerana akak selalu bagi dorongan & semangat'. Saya terharu dengan situasi itu. Memanglah, besar makna 'dua patah perkataan' itu pada sesiapa jua. Ucapan 'Terima kasih' ibarat embun di waktu pagi, ibarat setitik air di tanah gersang, menyegarkan, menyuntik semangat. Tetapi kita sering terlupakannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH