U LA LA TROPIKA

Hari ni kira oklah.... Anak2 KRK yang terasa semalam, datang minta maaf. (Bukan semua pun....). Tapi sempatlah 'pekene' diaorang. Minta tolong itu & ini. Sanggup je diaorang buat. Asal dimaafkan. Walau macam mana pun 'Thank U' pada artis2 U la la Tropika kerana secara suka rela nak join & telah pun menunjukkan kesungguhan semasa latihan. Cikgu menghargainya. Kepada anak2 Tingkatan 6A3, Faridzul, Salleh, Isma, Jijah, Ain dan lain2, cikgu 'tabik' atas kerja sama & semangat sepasukan yang tinggi. Korang memang best!(Sapalah ayahandanya tu yang pandai didik anak.... Cikgu Wazirrrrr juga). Apa pun hasilnya nanti... kita dah usaha yang terbaik. Kita doalah semuanya berjalan lancar.

Ammar pun seronok hari ni dapat jumpa Cikgu Wazir. Pagi2 bangun tidur, dia cakap kat abahnya, hari ni dia nak Cikgu Wazir ambik dia daripada tadika (Dia rindu kot!). Saya hanya dapat katakan 'nanti petang mama bawa Abang Ammar ke sekolah' untuk tenangkannya. Balik sekolah, dia terus mandi & makan. Lepas tu ketuk bilik mamanya & cakap 'Ma Abang Ammar dah siap". Singgah Petronas, beli 'mentos' dia nak syer dengan Cikgu Wazir (tapi lupa nak bagilah.....)

Tapi rasanya paling seronok hari ni, Cikgu Aryanti lah. Hari ni dia dah beli 'broadband' & 'printer' siap 'External ink' yang botol besar kat luar tu.... Ni lah 'virus' yang diaorang terkene daripada saya. 'Komputer', 'Blog', & 'fotografi' Lepas ni banyak yang kitaorang '3 serangkai' dah plan & nak buat. Tunggu..... Buat Yan, tabik lah...berdikari! (Sindir cikgu Wazir).

Dan yang paling, paling, paling seronok, saya le!. Makan malam saya & suami malam ni di 'taja' Cikgu Wazir. Maklumlah... baru gaji. Muka bersemangat je!. Cakap kat suami, 'tak pe lah bang,kita bagi 'can' dia belanja. Nanti segan pulak dia, asyik kite je yang belanje dia'... kah3. (jangan mare....). . Thank U. Happy dapat bersama U all - Wazir, Ati, Karim, Montel, Cyayol..... Mereka datang naik kereta baru Cikgu Karim....

Apa pun, bersyukur kerana dapat berada di tengah2 kalangan mereka yang selalu membahagiakan & menyenangkan.......

Ulasan

  1. Very nice blog~ ^^
    do you know Seoul, Korea?
    I love to introduce my country.
    So, feel free to visit me~
    Thanks a lot~~
    Have a nice day~~

    BalasPadam
  2. wah! dapat geng korea...pasni makan KFC kat Korea janganlupe ajak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH