AKU ADA KERNA KAU PUN ADA

SELAMAT HARI JADI
..... untuk suami ku tercinta. Hari jadi yang ke (sama dengan mama... kita kan sebaya!) Kita dah biasa begini. Tanpa sambutan, tanpa kad, tanpa hadiah.

Hanya Hadiah Hati ini & Doa. Semoga Abang sentiasa di dalam perlindungan & RahmatNya, dimurahkan rezeki (boleh syer ngan mama & anak2), dipanjangkan usia (boleh jaga mama & anak2), dimudahkan segala urusan.....

Terima kasih kerana sentiasa di sisi mama, membahagiakan mama, menjaga mama, membelai mama, berkorban untuk mama, mencukupkan segala keperluan mama dan bersabar menghadapi apa juga kerenah mama termasuk anak2. Terima kasih yang tak terhingga. Mama amat menyanjungi abang. (Ikhlas dari hati tau...bukan puji lebih2... tapi seluruh dunia tahu abang memang telah memberikan mama yang terbaik... yang kurang tu mama kira halallah..... jangan marah..)

Bersyukur atas perkongsian hidup kita. Satu arah, satu tujuan, satu cita rasa & 1 + 1= 6. Semoga kita sama2 terus diberikan Allah perasaan kasih mengasihi, sayang menyayangi , jaga menjagai, perlu memerlukan & cukup mencukupkan). Apa yang penting.... kita sama2. Kita sama2 ke mana2. Bila mewah sama2 mewah, bila pokai sama2 pokai.... hanya kita je yang tau...

AKU ADA KERNA KAU PUN ADA
Cinta adalah Anugerah yang Kuasa
Yang bila terasa
Betapa indahnya
Sungguh lemah diriku
Tak berarti hidupku
Bila tak ada dirimu

Andai ku bisa,
Akan ku balas
Semua yg pernah ,
Engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Aku ada ,
Karena kau pun ada
Dengan cinta
Kau buat diriku hidup selamanya
(Nyanyi macam kumpulan Radja tau)

KITA RASA CINTA
Pernahkah kau rasakan,
Rinduku makin dalam,
Semua yang ku pandang,
Siang dan malam,
Kerna dirimu oh sayang,.

Kutahu kau pun jua,
Merasa Geloranya,
Kerana hati kita,
Diuji dan percaya..
Setulusnya..

Kita sama punya cinta,
Kita sama memujanya,
Kita saling punya rasa,
Kita saling sayang,
Benar saling percaya...

Tak mungkin ku lepaskan,
Genggamanmu oh sayang,
Andai Cinta dihalang,
Sanggup nyawa ku korbankan,
Sesungguhnyaa....

Jangan dibiar ikatan ini terbuka,
Selagi takdir tak membenarkannya,.
Hatimu tetap kekal berteduh,..
Dihatiku Selamanya....
(Nyanyi macam kumpulan Quest Tau)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG