BILA TERASA....

Alhamdulillah, berjaya juga menyempurnakan sesi persekolahan hari ini walau pun agak payah. Malam tadi pukul 9.30 dah tidor, Ingat dapat tidor lena & panjang.. Pukul 1.00 malam dah terjaga. Dada rasa sakit, nafas rasa tidak selesa bila baring. Duduk je lah memanjang. Buka komputer & buat bahan untuk mengajar hari ini. Pukul 3.30 pagi makan ubat dan paksakan diri untuk lelap. Ok lah walau macam resah dapat juga lena sekejap.

Bangun pagi, rasa tak bermaya je. Batuk kuat. Gagahkan juga. Ingat budak2 3J & 3C. Kerja kursus dah kena kutip. Lagi pun diaorang nak peksa. Sian. Alhamdullillah juga, mereka tak memberikan masalah. Lapang sikit.

Rehat, tak larat nak ke kantin, tak selera pun ada. Nak makan pun takut batuk. Bila batuk, takut nafas tersekat pula. Duduk lah diam2 di tempat sendiri dan beralaskan perut dengan air mineral ajelah.....Yan bawakan air soya... minum sesedut, buat obatttt. Terima kasih Yan...

Tengah hari ada meeting Panitia Seni nun di puncak tinggi. Gagahkan juga. Tawakkal je, sebab ubat tertinggal kat kereta. Kalaulah sesak nafas di atas sana..... menyusahkan orang je...

Tiba di rumah, baru terasa sesaknyaaaa nafas. Doa aje... harap2 dapat bertahan hingga Isnin ni...Ngerinya bila ingat masa2 dulu, bila diserang penyakit ni. Dulu, boleh dikatakan setiap tahun kena duduk seminggu di wad, 'overhaul!'. Ni dah lebih 2 tahun selamat.... apa kah selepas ni.... Suami memang galakkan... sebab dia sebenarnya nak isterinya rehat...kesian agaknya dia kat isterinya yang tension je....

p/s... Kali ni kosong & pendek je... tak sihat!. Tapi tulis tetap tulis

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG