BUAT SAHABAT

Masuk hari ini, dah ramai anak2 SKI yang bertanya, 'kenapa dengan Cikgu Wazir, dia tak macam selalu. Takut kiteorang nak tegur?. Ada juge yang bertanya, 'kenapa KPA selalu batal?. Mereka tahu, saya sahabat baiknya, sebab itu mereka ajukan soalan2 itu kepada saya. Tapi bukan semua saya boleh jawab.


Orang dah terbiasa melihat dia tersenyum, dia yang riang, dia yang selalu bergurau, dia yang selalu mengusik. Yang orang tak biasa ialah melihat dia muram, dia berdiam, dia tanpa senyum, dia yang lemah. Sebab itu, orang akan bertanya kenapa?. Saya pun tak tahu jawapannya. Yang saya tahu, senyumannya adalah untuk membahagiakan orang lain, tawanya adalah untuk mengembirakan orang lain. Memang itu cara Cikgu Wazir. Dia nak gembirakan semua orang. Dia nak jaga semua orang. Dia nak tolong semua orang. Tapi disebalik itu, dia menyimpan rahsianya sendiri. Semua orang pun boleh merasainya melalui nukilan2 dalam blognya.

Sebagai sahabatnya, saya hanya dapat merasai tapi tak banyak yang saya dapat tolong sebab dia tidak mahu ditolong. Ada ketikanya saya pun tidak memahaminya. Apa yang dapat saya lakukan untuknya adalah menjadi sahabat baiknya, menjadi saudaranya. Menemaninya, sewaktu dia memerlukan teman, membantu disaat dia buntukannya, menjaganya disaat dia memerlukannya, mendengar disaat ia ingin bercerita. Selebihnya, memang dia gagahkan dirinya sendiri. Mujur dia dikelilingi ramai orang2 yang sangat menyayanginya. Isteri yang menjadi permaisuri hatinya, Ibubapanya, saudara maranya, anak2nya , anak2 muridnya dan teman2 baiknya. Itu kelebihannya. Semua itu kekuatannya, semua itu keceriaannya, semua itu kesayangannya.

Buat mereka, anak2 SKI, biarlah sekali sekala Cikgu Wazir diam, kerana dia mungkin sedang mencari ketenangan. Biarlah sekali sekala dia menyendiri, mungkin dia sedang mencari dirinya sendiri. Kasih sayangnya pada kamu sekelian, tetap menebal, selagi kamu tidak mencurangi kepercayaan dia.

Buat Cikgu Wazir,
Jangan cakap awak happy bila dalam kesedihan
Jangan cakap awak o.k tika dirimu dibebani kesakitan
Jangan cakap awak berani bila awak takut
Dan jangan sesekali awak cakap awak keseorangan bila saya masih hidup…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG