PENGHARGAAN BUAT GURU

BUKAN SEKADAR UCAPAN.... TAPI PENGHARGAAN BUAT GURU.

  1. Selamat Hari Guru. (Antara yang terawal... Ustazah Noriati (12.10am,) Cikgu Karim (1.05am)
  2. 'GURU... dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya. Dalam diam ada bijaksana. Berbahagialah menjadi guru. Selamat Hari Guru. (Puan Amiah... PK Pentadbiran SKI)
  3. 'Ingatkan campak, rupanya jerawat batu. Ngajar bagai nak rak, murid buat tak tahu. Rasa nak sepak takut kena serbu. Banyaklah bersabar... Kita ni kan cikgu. Selamat Hari Guru.... (Kekanda Azizah Tumiran PK Petang SKI )
  4. Sekotak Mancis, Secawan Madu. Selaut Kasih, Seluas Rindu. Salam Manis Penuh Syahdu. Selamat Hari Guru. (Bermadah juga cikgu Mazlan Mohd Noor ni)
  5. Lovely Message fo a Lovely Person from lovely friend for a lovely reason at a lovely time on a lovely moment. Selamat Hari Guru. (Dari Tun Teja - Cikgu Aryanti)
  6. Guru Pemangkin Kejayaan Insan. Berbahagialah menjadi guru (Cikgu Abdul Razak).
  7. Selamat Hari Guru untuk Kak Mazidah yang baik & manis (Siti Zaliha Ripin... Ingat lagi dia kat saya, walau dah jadi tauke ladang kancil di Tasik Bera)
  8. Selamat Hari Guru. Terima kasih banyak2 atas bimbingan selama ini. (Ustazah Radziah Hassan)
  9. Banyak dapat BUNGA, tanda guru mengharumkan dunia. Dapat PEN, tanda cikgu melakar kata. Dapat PEMADAM, tanda cikgu sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat MESEJ. Tanda cikgu sentiasa diingati. Selamat Hari Guru. (Cikgu Shaskinah & Family)
  10. Satu2nya perayaan yang penyambutnya syok sendiri... dia buat majlis.... dia buat ucapan....dia tukar2 hadiah. Itulah Hari Guru... Selamat Hari Guru. (Kekanda Sakila Dollah ) ... Betul juga cakap dia kan....
  11. Birth is the start of live. Beauty is the art of life.. mysteries & risk are part of life.... but a TEACHER... is the heart of life. Happy teachers' Day. (Cakap orang puteh pula cikgu BM ni ... Cikgu Jaimah la.....)
  12. Selamat Hari Guru dan Salam Keamanan .... Cikgu Hanafi,
  13. Selamat Hari Guru. Semoga sihat demi anak murid tersayang.... Cikgu Roszana
  14. Kau Ibarat Lilin, terangi kehidupanku, Terima kasih Cikgu. Saya Sayang Cikgu! . Selamat hari Guru. 'Guru Pembina Bangsa Negara'.(Farydzul 6A3)
  15. Selamat hari Guru kepada Cikgu Mazidah. Pengorbanan & jasamu dikenang jua. (Pengirim tak tulis nama.. bila ditanya dia kata 'sampai hati cikgu tak ingatkan saya. Anakanda Cikgu Wazir...Sorry ye Saleh Munawir. Sekarang, Cikgu dah save no dalam hp cikgu!)
  16. Selamat hari Guru. Semoga jadi cikgu yang CEMERLANG. (Raisya 3RK09)
  17. Terima kasih atas segala ilmu & pengorbanan. Saya sayang cikgu. Selamat Hari Guru. (Raihan 3RK08)
  18. Selamat Hari Guru. Terima kasih atas pengorbanan cikgu. (Jiejah 6A3)
  19. Selamat Hari Guru... halalkan segala ilmu yang cikgu berikan...Semoga cikgu bahagia...WE LOVE YOUUUUUUUUUUU.. (Wani & Aiman 3RK09)
  20. Selamat Hari Guru. Terima kasih kerana sanggup untuk menjadi pelita dalam hidup kami. ( Nani...Sama je dengan karim pukul 1 pagi baru nak sms)

SELAMAT HARI GURU UTK SEMUA GURU YANG BERGURU DGN GURU YANG BERGURU

p/s hanya sebahagian dapat dicatatkan.... Sorry jika rasa tertinggal. Banyak sangat ... nak tulis. Banyak juga yang diterima tak bertulis nama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG