DEMAM HARI GURU

Esok sambutan hari guru peringkat sekolah.... hari ni dapat kad besar buatan tangan dari kelas 3C. Patutlah semalam nampak Norfarahin & Syazwan kat kantin. Pukul 5 ptg tak balik lagi dan saya tak dibenarkan menghampirinya.... terharu atas ingatan & susah payah korang. Cikgu sayang korang dan doakan kamu semua berjaya mendapat 8A dalam PMR.

Tengahari saya didatangi Zaid 4S2. Dia bertanya... 'Cikgu mana Cikgu Wazir'. Saya jawab... 'dah lama saya tak dengar ayat tu'. Dia menjawab 'dah 3 minggu suasana muram je...'. Saya kata 'insyaallah tak akan suram lagi'. Zaid menyambung...'janji ye Cikgu......'. Rupanya.... ramai yang 'mengesan dan terkesan!'. Dan permintaan Zaid lagi...'Cikgu petang ni tengok latihan koir ye". Apakan daya ... saya hanya mampu membawa kereta semaksima 110 km sejam & ditambah sesat lagi.... saya tiba setelah selesai latihan .... tapi sempatlah dengar Sifunya memberi kata2 perangsang..... harap2 persembahan esok menjadi! & menjadi yang terhebat!



Donat tajaan 'Tesco'. Saya sempatkan diri singgah 'mengambilnya dengan duit' sebelum ke Putrajaya...teringat anak2 yang akan berlatih koir hingga ke petang!


Oleh kerana hari ini, bertugas, 6.30 petang baru keluar pagar sekolah. Hubungi suami.... 'ma balik lambat, nak menjahit bengkung hingga siap. Abang tolong beli lauk ye.....' (nasib baik ada kemudahan komunikasi). Terus ke rumah kakak.... jahit....jahit....jahit. 9.00 malam baru siap bengkung yang ke 50. Alhamdulliallah.... tapi sori lah wak... jahitannya 'lintang pukang.....'

Dah siap tu... bukan terus balik... merayau Pekan Meru & Tesco dulu. Kononnya nak cari tudung...esokkan hari guru...hari saya (guru)....

10.30 malam tiba di rumah dan menikmati hidangan makan malam sambil tangan dok sms je... sapa lagi dengan Dak Yan lah....Siap makan... terus ngadap blog. Lain2 tak siap tak pe...blog kena siapkan.... sebab lepas kul 12.00 dah tarikh esok. Cerita esoklah pulak.... Ngan suami pun tak bercerita.... dia sibuk baiki laptop Dak Yan. Tak pe... suami boleh baca blog untuk mengetahui apa bininya buat sepanjang hari..... Itulah ayat kami... kalau tak sempat cerita, cakap je...'baca blog'. pasangan IT katakan.... he3 jangan marah bang.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG