HARI INI

Hari ni, dimulakan dengan rasa 'malas nyeeeee nak bangun'. Sempat hantar SMS kat kawan 'bestnya klu masih bercuti di Melaka, boleh bangun kul 9.00pg'..Saje je kacau kawan, nak dapatkan 'mood' pergi sekolah. Malam tadi tidur lewat siapkan seberapa boleh kerja2 sekolah yang dah lama 'due' sambil masukkan gambar dalam blog kawan (Si Jebatlah...bila lah kau nak pandai2 masukkan gambar - tolonglah jangan ambil kesempatan buli akak ni).

Hari ni, saya bertugas buat 'relief'. Baca sms dari PK1, 'Cikgu Hanafi & Cikgu Ct Kadijah MC, Saya (Puan Amiah lah tu) & Cikgu Zaurah mesyurat. Sekian Berita Pagi'... macam tulah PK1 SKI, mengingat tugas kita dengan nada 'hiburan sensasi'.

Hari ni juga dapat satu lagi sms dari PK1 'Kelas Che Ana (guru bertukar) dah ada orang ganti?' (maksudnya ubah jadual lah tu). Saya hanya jawab ringkas 'Belum, Bercuti'.

Hari ni, mengajar dalam keadaan yang tenang dan menyenangkan. Anak2 3K, 3J & 3C (walau ada yang ngelat, tapi suasana kelas masih dalam suasana pembelajaran. Terima kasih anak2).

Hari ni, terpaksa tergesa2 pergi ke Putra Jaya bersama Cikgu Mazlan, Cikgu Zaizliyaton & Cikgu Wicin menghantar 'by hand' borang opsyen / pertukaran skim KWSP ke Pencen. Kesian kami, kena hantar sendiri borang tu yang sepatutnya telah diselesaikan hujung bulan Januari lagi... Apa nak buat, nasib kami... Sapelah punya angkara....

Hari ni, buat sekian kalinya kena minta tolong Cikgu Wazir, ambil Ammar & Amirul dari sekolah kerana waktu tu mamanya ini masih berada di Putrajaya menyelesaikan tugas 'orang lain'...Hari ni, malam ni, kena pergi Asrama SMI Hira, hantar barang2 anak2 yang tertinggal semalam. Bila anak dah jauh, rasa 'tak sampai hati' rasa 'kesian' selalu meresapi hati seorang ibu, hati seorang ayah.Itulah perjalanan ku, hari ini, esok & mungkin seterusnya sebagai seorang ibu, seorang guru. Aku ingin memberikan yang terbaik & sempurna dalam apa jua pekerjaanku. Aku ingin pastikan aku tidak 'berhutang' kerja, 'berhutang' tanggungjawab terhadap bos, terhadap suami, terhadap anak2, terhadap anak muridku, terhadap kawan2 ku. Insyaallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH