KAMI DAH KEMBALI .....DARI MELAKA

Seronok & Enjoy. Itu yang dapat dikatakan tentang
percutian kami ke Melaka. Di hadapan 'Homestays'... Tak la (Depan rumah Pak Mertua, tempat kami menginap). Yang berbaju2 merah tu - tolong promote Melaka (Baju baru)
Kenderaan Pelancong SKI yang dah direbenkan! (Takut sesat lagi balik ke Klang...Ha3)









Oleh2 daripada 'Hang Jebat & Permaisuri Istana'. (2 pasang Baju Melaka untuk tujuan promosi Negeri Melaka). Untuk Yan.... pun ada, sebab nak Yan tolong promote Melaka juga!

Sedih pula bila nak berpisah. Dah macam keluarga! Ammar, asyek nak naik kereta Cikgu Wazir je sepanjang perjalanan (nasib baik dapat balik anakku!)...Lawaknya, Amir bertanya, 'Ma, apa kaitan mama & cikgu Wazir dengan sejarah Melaka?. Kah3... terpaksa terang padanya, saja2 (lakonan semata). Cikgu Wazir watak 'Hang Jebat', Mama watak 'Tun Teja', Cikgu Aryanti watak "Dang Anum' & Ustazah Noriati watak 'Permaisuri Istana'. Walau sekadar watak, mungkin semangat pahlawan melayu boleh diresapi dalam jiwa .....

Last sekali, singgah di RR Dengkil untuk 'Say Good Bye', sebelum kembali ke rumah masing2..

Rambutan dah berbuah (gambar sumbangan Ammar). Insyaallah kami akan kembali ke Melaka (Saya & Famili je le!)

Percutian kali ini memang membawa 1001 macam 'Kenangan Indah' (pinjam kata2 Saleh), bermakna, dan menambah eratkan lagi tali persahabatan, persaudaraan kami. Kami akan bersama lagi dalam Percutian ke Jakarta & Bandung 5 - 9 Jun 2009 ni. (Tapi tak masuk Farydzul, Saleh & Firdaus lah...), bersama rombongan 'Cik Mia,.....

Pukul 2.00 petang tiba di rumah. Sibuk masak untuk anak2 & persiapan untuk mereka balik ke asrama. Dah sampai rumah ni, baru rasa penat, rasa banyaknye kerja sekolah tak buat dan 1001 satu macam rasa susah hati. Insyaallah, malam ni nak mula siapkan kerja satu persatu. Semoga hari esok dapat mulakan hari dengan semangat yang dah di'refresh'... Segar & Bertenaga

Ulasan

  1. Kak bila nak balik Melaka lagi, nak tolong panjat pokok rambutan....Rosz

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH