KEKALUTAN DIRI KU

Hari ni mulakan hari dengan haru biru. Malam tadi kul 11.00 tidur, pukul 2.30 pagi mata dah terkebil-kebil. Duduk termenong!. Mikir3!. Kerja banyak, tapi tak tahu mana satu nak buat. Buka blog kejap dan ngarang. Pagi2 timbul pula idea nak menulis. Kesah cinta zaman budak2. Ya lah, baru je hari jadi suami.. teringatlah macam mana bercinta dulu.

Pukul 5 pg siap2 utk masak cekodok. Nak buat macam mana... suami dah sebut!. Pukul 6 pg lihat pula bahan nak mengajar pagi ni.. So setelah susun bahannya, apa lagi... pejam mata print ajelah (dah... pagi baru terpikir nak buat!). Tiga kelas lebih kurang 100 orang. Dua2 printer lazer & printer warna diguna. 7.05 pagi baru dapat bertolak ke sekolah. Bawa kereta macam bawa formula 1, 100 kmsj. Sampai sekolah, lega sebab tempat parking Mazlan & Zai Kosong lagi ( Maknanya masih belum lewat lagilah...)

Sampai bilik guru, baru perasan, tak bawa handphone, bag tangan & tak berduit! . Yang saya bawa ialah kereta, tapi.... tanpa lesen. Bawa laju pulak tu. Lupa la tok! Sorry...

Bersiap untuk ke kelas, baru perasan, telah salah print. Print 100 X 100 muka, depan belakang muka surat yang sama....Haru. Macam mana nak ajar. Ms 1 lagi tu mukadimahnya!. Usaha!. Buka komputer di bilik guru. Mula2 tak detect pen drive... restart & restart boleh lah juga buka. Bila print, arahan, 1 muka, dia keluar 20 muka yang tah apa2 tah!. Dia tak boleh baca arahan, so dia muntahkan ape2 je yang dia nak muntahkan. Tulisan serupa cacing. Hampa..

Tompang pula di bilik seni. Pun tak detect walau selepas beberapa kali restart. (Morelnya jangan guna pendrive 8G, kalau tak pun buang komputer bilik seni tu...he3) . Nak masuk kelas, perasan pula, kunci kereta hilang!. Masuk kelas sekejap dan beri arahan buat latihan & lari (jalan laju lah...) ke kelas 3K . Nasib baik, si Auf tolong simpankan. Terima kasih!. Lepas tu singgah pula bilik guru ambil laptop. Install driver printer bilik seni, ambik masa pula!.... putus asa!. Yan tolong sabarkan...Ayat Yan.. 'kenapa kita hari ni ye! Fikiran kita tak tenang kot! bercelaru agaknya!'

Fikir .....Ikhtiar lain. Cari pen drive 1G (tukar kenderaan lah tu) & pindah maklumat. Ok boleh print. Arahan 27 ms. Print out tak habis, ink yang habis!. 'Beli Ink yang tong besar lah Yan!'. Print out pula sangatttttt perlahannnnnn. Bawalah 5 helai dulu ke kelas. Syer!. Bagi tahu pelajar ... 'cikgu tak cukup oksigen! nak pitam, tolong beri kerjasama!...' Masa ni, memanglah rasa nak muntah!, rasa berpinar mata pun ada. Pantang budak silap sikit, terus je 'berdentum' siren!. Alhamdullilah kelas 3RK mudah mengikut arahan, mudah faham, sanggup buat & hantar hari Isnin ni , Kajian Geografi Tempatan tu.

11.55 pg ada 1 kelas lagi. Bahan tak cukup. Duit pun tak ada!. Pinjam RM10 dari Ustazah Habibah, buat makan dan fotostat. Masuk kelas 3G, beri mereka bahan2 dan arahan2 yang perlu. Nampaknya mereka faham dan janji akan siapkan & hantar pada Jumaat ni. Selesai tugas Cikgu Wazir dengan urusan KGT kelasnya!

1.05 minit, tamat kelas. Penatnya... Puan Amiah telefon nak bincang jadual pula, saya kata... 'Maaf Puan Amiah, hari ini saya terlaluuuuu penat!'. Semasa menuju pejabat untuk punch balik, guru2 Sejarah tanya, 'kenapa tak hadir mesyuarat sebagai pemerhati?'. Alamak! Lupa!. Lagi pun surat tu tak lengkap, panggil mesyuarat, tapi tak dinyatakan, panitia apa?. (Kurang sikit..rasa bersalah!).

Tanpa duit, tak boleh singgah kedai. Balik rumah, buka peti sejuk... hanya ada 2 potong ikan parang itu pun tak tahu tarikh belinya. Sayur langsung tak de!. Plan masak asam rebus jelah untuk anak2 & cencalok. Dah jerang kuahnya, asam pulak tak de. Nak jadi kuah ape ni!. Nampak paket rencah asam pedas. Tambah je lah kat periuk. Sambil tu.. buka lah botol cencalok yang hampir 2 minggu di simpan di gerobok. Apa lagi, meletup & terpercik ke baju...hua3. Tak habis2 dengan ujian hari ni. Bila hidang.... asam pedas dengan cencalok!. Langsung tak kena!

Pukul 3.00 petang ambil anak2. Lama menunggu. Tercari2 Ammar. Rupanya dia tidur lagi di Neseri. Dia tak sihat lagi. Selesai urusan anak, pergi klinik. Dah tak larat nak bawa badan ni. Rasa badan mengeletar, batuk2, tekak perit & dada semakin sempit. Keadaannya sama macam dulu2, semasa saya akan dimasukkan wad. Tak nakkkkk!. Anak2 SKI nak periksa. Tak sempat beri ulangkaji.... nanti dulu.... masa peksa tak pe!. Tu yang belasah je ubat2 yang doktor bagi. Harap2 sembuh lah... malam ni rasa nak tidor puas2 ganti malam-malam yang selama ni susah nak tidorrrr......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH