MINTA DOA


Semalam tiba2 seorang pelajar berdiri tegak di hadapan meja saya. Kalau tak silap namanya Syazwan, kelas 4 Sains. Terkejut saya. Saya mengagak mesti dia akan bertanya mana Cikgu Wazir kerana dia budak KPA. Selalunya, di bilik guru saya lah tempat pelajar2 bertanya, kalau mereka mencari Cikgu Wazir.


Bila ditanya, dia menjawab dengan wajah ikhlasnya, 'Cikgu, esok saya mula periksa, cikgu doakan saya berjaya ya'. Terkedu saya macam tak percaya apa yang saya dengar dan minta dia mengulang semula. Dan dia mengulang perkataan yang sama. Terharunya saya. Seorang pelajar lelaki daripada ribuan pelajar datang pada saya hanya untuk dapatkan restu dan pelajar itu, saya tidak pernah mengajarnya pun. Saya mengenali dia sebab saya rapat dengan cikgu KPAnya dan dia pula rapat dengan anak2 3KRK 2008 yang memang rapat dengan saya. Saya pun tidak tahu kenapa dia mengharapkan doa restu saya. Walau siapa pun dia, walau siapa pun saya, saya tetap mendoakan agar dia berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan yang dihadapinya dan berjaya dalam hidup!

Rupanya, masih ada insan yang masih mengharapkan, menghargai saya. Terima kasih!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG