KERJA & ENJOY.....

Seronoknya dapat mesej Kak La nak datang K.L. Walau pun dia kerap turun K.L tapi susah dapat berjumpa. Kali ni harap2, dapat jumpa dan bersembang lama... Rindu & rasa nak minta dia tolong pindahkan beban perasaan ni dengan bawa balik ke Kelantan atau bawa terbang ke mana2 tempat dia singgah. Dan lagi...nak minta dia tolong kutipkan kembali semangat diri, motivasi diri, jati diri ini yang rasanya dah semakin gugur satu persatu dari diri ini.

Teringat masa di SMKTIS, banyak yang telah kami lalui bersama, suka duka, tawa ria. Walau besar mana cabaran, kami masih boleh tersenyum, kami masih boleh ketawa besar dan kami terus gagah, kerana kami sentiasa bersama. Ketika sorang hampir rebah, seorang lagi pasti menyokong. Apa pun yang kami buat, biasanya kami tak payah tanya.... terus buat dua. 'satu untuk dia dan satu untuk saya'. Memang tidak pernah berkira....Pendek kata kami memang kombinasi yang baik. 'Sorang perancang, sorang pelaksana'. Kerana kami......kami, sama2 suka 'kerja dan.....enjoy'!.

Kini... memang kami dah terpisah jauh dan kesibukan pula telah membuatkan kami jarang berhubung...tapi ada ketikanya bila kami saling tertekan, saling stess, masa itulah kami akan saling mengingat dan mencari satu sama lain sekadar untuk bercerita......Itulah sahabat. Itulah indahnya persahabatan...

Prinsipnya mudah...untuk mendapatkan satu hubungan persahabatan yang baik, semua pihak kena ada keinginan, ada usaha ke arah itu. Saling memberi & menerima, sentiasa berlaku adil. Tidak ada yang rasa dikuasai....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH